Benarkan Perhimpunan aman di stadium

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 25 November 2009

– Soalan MP PAS Parit Buntar No. 14. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah pihak Kementerian akan membenarkan perhimpunan aman diadakan di tempat yang selesa danselamat seperti di stadium atau seumpamanya bagi mengimbangi keperluan hak untuk berhimpun dan kepentingan keselamatan awam [25 Nov. 2009]

Sumbang kepada IPTS lebih baik?

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 25 November 2009

– Soalan tambahan MP PAS Kuala Selangor kepada soalan asal No. 11. Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan dapatkah Kerajaan menubuhkan sebuah kolej di kawasan Limbang sama ada institut kemahiran atau vokasional memandangkan keadaan geografi Limbang yang berada di antara dua daerah Negara Brunei Darussalam amatlah menyulitkan untuk keluar dengan perlunya memiliki pasport dan kos perjalanan yang tinggi sedangkan ramai golongan yang memerlukan institut kemahiran atau vokasional ini [25 Nov 2009]

Perbelanjaan digunakan 39%, kenapa perlu perbelanjaan tambahan?

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 25 November 2009

– Soalan tambahan MP PAS Shah Alam kepada soalan asal No. 4. Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa jumlah peruntukan pembangunan telah diluluskan untuk Bandaraya Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri dalam tahun 2007, 2008 dan 2009. Berapa daripada jumlah yang diluluskan itu telah dibelanjakan. [25 Nov 2009]

Filem Malaysia di Astro memberi Imej Negatif?

Sesi Pertanyaan jawab Lisan, 25 November 2009

– Soalan tambahan MP PAS Kuala Krai kepada soalan asal No. 3. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah usaha pihak Kementerian untuk mengatasi kekangan utama kepada usaha Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pesaing penting dalam bioteknologi yang dianggap sebagai ‘bidang masa depan’, seperti mana yang telah diutarakan oleh YAB Perdana Menteri kita, bahawa kita gagal untuk melahirkan ‘high caliber science, technology and innovative human capital’ [25 Nov 2009

Anggota Suruhanjaya Pendidikan bukan orang Politik?

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 25 November 2009

Soalan tambahan MP PKR Balik Pulau kepada soalan asal No. 2. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pendirian Kementerian mengenai campur tangan politik terhadap sistem dan hal ehwal pendidikan negara. Apa keputusan Kementerian terhadap cadangan agar hal-ehwal pendidikan dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Pendidikan yang dianggotai oleh tokoh-tokoh pendidikan dan bukan orang politik.