Usul bincang Royalti Petroleum ditolak Speaker

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifli Ahmad menghantar usul di bawah perkara 18(1) mencadangkan Dewan Rakyat merundingkan semula status pembayaran royalti petroleum kepada kerajaan Negeri Kelantan.

Ini berikutan tindakan kerajaan Pusat dan Petronas yang telah melanggari terma-terma kontrak sekaligus mengingkari ‘sanctity of contact’ untuk membayar 5 peratus wang tunai dari hasil minyak di luar pesisir Kelantan seperti termaktub dalam Fasal 4 dalam Akta 144 Keajuan Petroleum (PDA) 1974.

Bagaimanapun usul tersebut telah ditolak dalam kamar oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi.

Dzulkifli yang kesal dengan penolakan itu berkata, isu itu jelas melibatkan kepentingan rakyat, bukannya melibatkan kepentingan mana-mana parti politik.

“Kami akan terus mengangkat isu ini kerana Pakatan Rakyat mahukan isu ini terus dibawa supaya seluruh rakyat mengetahui perkara sebenar yang terkandung dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974,” katanya yang juga bekas Pengarah Pusat penyelidikan PAS.

Perkara itu juga ujarnya disokong oleh pimpinan Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parimen Gua Musang.

“Tengu Razaleigh sendiri dalam kenyataanya menegaskan bahawa isu ini merupakan bipartisan, tidak melibatkan kepentingan mana-mana parti politik,” ujarnya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub tetap akan mengemukakan satu lagi usul kepada Speaker Dewan Rakyat esok bagi mencadangkan satu jawatankuasa khas di bawah parlimen dibentuk bagi mengkaji terma-terma perjanjian petroleum di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

Dalam sidang medianya hari ini, Salahuddin berkata, tindakan tersebut dibuat ekoran usul pertama membincangkan isu royalti Kelantan yang dihantar kepada Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia Isnin lalu ditolak dalam kamar pagi tadi.

“Sudah sampai masanya satu jawatankuasa khas ditubuhkan oleh parlimen bagi mengkaji terma-terma perjanjian di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

“Bila kita guna seluruh ruang dalam parlimen berbahas tentang isu ini, Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri tetap dengan keputusan bahawa kelantan tak ada hak (royalti),” katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Usul tersebut juga akan dibawa ke mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat petang ini untuk dibincangkan

Pampasan pekerja?

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 30 November 2009

– Soalan tambahan MP PKR Kuala Langat kepada soalan asal No. 10. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah keberkesanan pindaan seksyen 30 Akta Perusahaan 1967 yang mengehadkan pampasan pekerja [30 November 2009]

Warga negara berhijrah, kenapa?

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 30 November 2009

– Soalan tambahan MP PAS Kuala Selangor kepada soalan asal No. 7. Tuan Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapa ramai warga Malaysia yang telah berhijrah ke luar negara bagi setiap bulan sejak Mac 2008 hingga Ogos 2009 dan perbandingan keseluruhan dengan tahun 2007. [30 November 2009]

Nasib penduduk berhampiran Pusat tenaga Nuklear?

Sesi pertanyaan Jawab Lisan, 30 November 2009

Soalan tambahan MP PKR Bagan Serai kepada soalan asal No. 6. Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah kecacatan yang berlaku di kalangan pekerja dan penduduk di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi yang berhampiran dengan Pusat Tenaga Nuklear; dan
(b) apakah bentuk jaminan serta imbuhan kepada pekerjapekerja di pusat tersebut. [30 November 2009]