Usul bincang Royalti Petroleum ditolak Speaker

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifli Ahmad menghantar usul di bawah perkara 18(1) mencadangkan Dewan Rakyat merundingkan semula status pembayaran royalti petroleum kepada kerajaan Negeri Kelantan.

Ini berikutan tindakan kerajaan Pusat dan Petronas yang telah melanggari terma-terma kontrak sekaligus mengingkari ‘sanctity of contact’ untuk membayar 5 peratus wang tunai dari hasil minyak di luar pesisir Kelantan seperti termaktub dalam Fasal 4 dalam Akta 144 Keajuan Petroleum (PDA) 1974.

Bagaimanapun usul tersebut telah ditolak dalam kamar oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi.

Dzulkifli yang kesal dengan penolakan itu berkata, isu itu jelas melibatkan kepentingan rakyat, bukannya melibatkan kepentingan mana-mana parti politik.

“Kami akan terus mengangkat isu ini kerana Pakatan Rakyat mahukan isu ini terus dibawa supaya seluruh rakyat mengetahui perkara sebenar yang terkandung dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974,” katanya yang juga bekas Pengarah Pusat penyelidikan PAS.

Perkara itu juga ujarnya disokong oleh pimpinan Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parimen Gua Musang.

“Tengu Razaleigh sendiri dalam kenyataanya menegaskan bahawa isu ini merupakan bipartisan, tidak melibatkan kepentingan mana-mana parti politik,” ujarnya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub tetap akan mengemukakan satu lagi usul kepada Speaker Dewan Rakyat esok bagi mencadangkan satu jawatankuasa khas di bawah parlimen dibentuk bagi mengkaji terma-terma perjanjian petroleum di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

Dalam sidang medianya hari ini, Salahuddin berkata, tindakan tersebut dibuat ekoran usul pertama membincangkan isu royalti Kelantan yang dihantar kepada Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia Isnin lalu ditolak dalam kamar pagi tadi.

“Sudah sampai masanya satu jawatankuasa khas ditubuhkan oleh parlimen bagi mengkaji terma-terma perjanjian di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

“Bila kita guna seluruh ruang dalam parlimen berbahas tentang isu ini, Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri tetap dengan keputusan bahawa kelantan tak ada hak (royalti),” katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Usul tersebut juga akan dibawa ke mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat petang ini untuk dibincangkan

Advertisements

Satu Respons

  1. Teruskan perjuangan menuntut hak rakyat Kelantan mendapatkan royalti. Semoga rakyat akan sedar bahawa slogan Rakyat diutamakan adalah penuh dengan kepura-puraan. Rakyat yang didahulukan ialah rakyat yang menyokong mereka sahaja manakala rakyat yang menolak mereka akan didera dan dizalimi serta dinafikan hak mereka.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: