MP PAS Hulu Langat Bahas Bajet 2010 Kem. Tenaga, Teknologi Hijau, Air

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 2 Disember 2009.

– YB Dr Che Rosli Che Mat membahaskan Rang Undang-Undang (Peringkat Jawatankuasa) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 2 Disember 2009.

RTM perlu beri peluang rakyat dapat maklumat pelbagai pihak

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 2 Disember 2009

– Soalan tambahan MP PKR Ketereh kepada soalan asal No. 10. Tuan Haji Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan tidak adakah cadangan untuk menjadikan RTM sebagai wadah untuk melahirkan satu bentuk pola pemikiran, nilai dan budaya yang baru yang benar-benar menggambarkan amalan rakyat didahulukan prestasi diutamakan bukan sebagai alat propaganda Kerajaan sahaja. [2 Dis. 2009]

Langkah-langkah proaktif kutip cukai

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 2 Disember 2009

– Soalan tamabahn MP PAS Titiwangsa kepada soalan asal No. 8. Dr. Lo’ Lo’ binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pihak Kastam Di-Raja Malaysia dalam membongkar kegiatan penyeludupan barangan atau produk untuk mengelakkan cukai dan nyatakan jenis barangan serta jumlah cukai yang sepatutnya dibayar mengikut negeri dan berapa tangkapan telah dibuat dari tahun 2008 hingga kini. [2 Dis 2009]

Projek tidak diberikan kepada Kontraktor Pembangkang?

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 2 Disember 2009

– Soalan tambahan MP PAS Pokok Sena kepada soalan asal no. 5. Tuan Mohd Nizar bin Zakaria [ Parit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan strategik garis panduan dalam pengagihan projek-projek kepada kontraktor-kontraktor kelas A,B,C,D dan E diberi peluang sebagaimana kontraktor kelas F. Apakah bentuk polisi pihak bank bagi memudahkan pinjaman kepada kontraktor. [2 Dis 2009]

Faedah Amanah Saham sepatutnya dapat basmi miskin tegar

Sesi Pertanyaan jawab Lisan, 2 Disember 2009

– Soalan tambahan MP PAS Jerai kepada soalan asal No. 4. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah miskin tegar di bandar mengikut negeri-negeri yang telah menerima pemberian 10,000 unit Amanah Saham 1Malaysia sehingga 30 September 2009. [2 Dis 2009]

Golongan Miskin Tegar perlu diangkat martabat

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 2 Disember 2009

– Soalan tambahan MP PKR Kuala Langat kepada soalan asal No. 2. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah pihak Kementerian tidak bercadang untuk memohon peruntukan tambahan untuk JKM dalam RMK-10 bagi membolehkan penerima bantuan JKM juga dapat dinaikkan kadar maksima daripada RM450 kepada kadar yang lebih sesuai. [2 Dis 2009]

Delegasi MP Hamas Palestin temui Speaker Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Hamas Palestin semalam yang diketuai diketuai Dr. Salem A. Salamah bersama Ismail A.M. Alashqar dan Mushir O.K. Almassri mengadakan pertamuan dengan Speaker Dewan Rakyat di Pejabat Speaker Dewan Rakyat. Pertemuan tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Bachok yang juga Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli; Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Ahli Parlimen Kuala selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima kunjungan hormat tiga anggota Parlimen Palestin di pejabatnya di sini hari ini.

Pada pertemuan berkenaan, delegasi Ahli Parlimen Palestin itu turut mengadakan perbincangan dengan Pandikar Amin selama kira-kira 40 minit.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Pandikar Amin memaklumkan delegasi berkenaan telah membangkitkan beberapa isu berkaitan Palestin selain mencadangkan penglibatan Malaysia dalam perkara tertentu.

Menurut beliau, antaranya mereka mencadangkan penubuhan kumpulan persahabatan antara anggota Parlimen Palestin dan Malaysia bagi berkongsi pandangan dan maklumat perkembangan kedua-dua negara.

Menurutnya, perkara itu sememangnya sudah menjadi dasar Malaysia dan sebagai bukti, pada tahun lepas Parlimen Malaysia telah sebulat suara menyokong usul mengutuk serangan dan pencerobohan Israel ke atas Palestin.

“Sebenarnya itu memang dasar kita. Sejak dulu lagi kita mengiktiraf Palestin dan ia tidak pernah berubah,” katanya.
Teruskan membaca