Delegasi MP Hamas Palestin temui Speaker Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Hamas Palestin semalam yang diketuai diketuai Dr. Salem A. Salamah bersama Ismail A.M. Alashqar dan Mushir O.K. Almassri mengadakan pertamuan dengan Speaker Dewan Rakyat di Pejabat Speaker Dewan Rakyat. Pertemuan tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Bachok yang juga Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli; Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Ahli Parlimen Kuala selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima kunjungan hormat tiga anggota Parlimen Palestin di pejabatnya di sini hari ini.

Pada pertemuan berkenaan, delegasi Ahli Parlimen Palestin itu turut mengadakan perbincangan dengan Pandikar Amin selama kira-kira 40 minit.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Pandikar Amin memaklumkan delegasi berkenaan telah membangkitkan beberapa isu berkaitan Palestin selain mencadangkan penglibatan Malaysia dalam perkara tertentu.

Menurut beliau, antaranya mereka mencadangkan penubuhan kumpulan persahabatan antara anggota Parlimen Palestin dan Malaysia bagi berkongsi pandangan dan maklumat perkembangan kedua-dua negara.

Menurutnya, perkara itu sememangnya sudah menjadi dasar Malaysia dan sebagai bukti, pada tahun lepas Parlimen Malaysia telah sebulat suara menyokong usul mengutuk serangan dan pencerobohan Israel ke atas Palestin.

“Sebenarnya itu memang dasar kita. Sejak dulu lagi kita mengiktiraf Palestin dan ia tidak pernah berubah,” katanya.

Tambah Pandikar Amin, Malaysia akan terus menyuarakan sokongan terhadap Palestin walaupun tidak mendapat perhatian negara-negara besar.

Beliau berkata, pendirian itu memang jelas dan tidak berubah, dan Malaysia tidak gentar untuk menyuarakan pandangan berkenaan di mana-mana sahaja termasuk di forum negara-negara Islam mahupun persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Sebagai negara Islam yang kecil, suara kita sentiasa berkumandang. Sama ada ia akan didengar oleh kuasa-kuasa besar, itu terpulang tetapi kita sememangnya tidak gentar dan gerun dalam mengemukakan pendapat sama ada di forum-forum negara Islam atau PBB. Kita sentiasa suarakan apa yang perlu disuarakan, termasuk isu di Palestin.

“Sokongan Malaysia terhadap perjuangan Palestin bukannya secara sembunyi-sembunyi. Kita memang telah lama mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat,” jelasnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: