Pengeluaran Petroleum Negara Tahun 2005 – 2008

Pertanyaan Jawab bertulis Dewan Rakyat pada HARI ISNIN : 23 NOVEMBER 2009

DARIPADA : Y.B TUAN KHALID BIN ABDUL SAMAD (SHAH ALAM)
SOALAN : NO.20

Y.B Tuan Khalid bin Abdul Samad (Shah Alam) minta PERDANA MENTERI menyatakan peratus sumbangan negeri Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan kepada pengeluaran petroleum negara antara 2005 hingga 2008 serta jumlahnya dalam ringgit Malaysia.

JAWAPAN :

Tuan Yang di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peratus pengeluaran minyak mentah, kondensat dan gas dari luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak antara tahun kewangan berakhir 31 Mac 2005 hingga 2008 adalah seperti berikut :

Anggaran nilai berdasarkan penjualan minyak & kondensat dan gas asli bagi tahun-tahun kewangan tersebut adalah seperti berikut:

Sekian, terima kasih

Royalti Terengganu RM7.6 bilion dibayar tunai antara tahun 2000 – 2009

Pertanyaan Jawab bertulis Dewan Rakyat pada HARI SELASA : 17 NOVEMBER 2009

DARIPADA : TUAN MOHD ABDUL WAHID BIN ENDUT (KUALA TERENGGANU), SOALAN: NO.25

Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut (Kuala Terengganu) meminta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah wang royalti petroleum yang dijanjikan untuk dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh PETRONAS pada bulan September 2008 masih belum dibayar. Sila nyatakan jumlah yang sepatutnya dibayar dari tahun 2000 hingga 2009.

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak RM16.6 bilion Dana Khas Kerajaan Persekutuan dibayar oleh PETRONAS kepada Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 2000 hingga Oktober 2009. Daripada jumlah ini, RM7.6 bilion telah diberi kepada Kerajaan Negeri Terengganu dalam bentuk tunai dan RM7.7 bilion dalam bentuk projek yang dilaksanakan oleh Kementerian dan Jabatan Kerajaan. Ini bermakna, 92% daripada Dana Khas Kerajaan Persekutuan telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu dalam bentuk tunai dan projek. Sebanyak 8% atau RM1.3 bilion lagi masih dalam pegangan Kementerian Kewangan dan akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Terngganu setelah Perjanjian Penyelesaian antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Terengganu di muktamadkan.

2. Untuk makluman Yang Berhormat, bayaran ketiga Dana Khas Kerajaan Terengganu sebanyak RM444.1 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu akan dibuat pada bulan Oktober 2009.

Sebuah medan gas dalam blok PM301 keluarkan hasil

Pertanyaan Jawab bertulis Dewan Rakyat pada HARI SELASA : 17 NOVEMBER 2009

DARIPADA : Y.B DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG ( MARANG), SOALAN : NO.19

Y.B Dato’ Seri Abdul Hadi Bin Awang (Marang) minta Perdana Menteri menyatakan bagi simpanan gas di Blok PM 301, bilakah pengeluaran akan bermula dan ke manakah gas-gas ini akan didaratkan.

JAWAPAN : YB TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP

Tuan Yang di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Blok PM301 merupakan medan gas yang terletak bersempadan dengan Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia – Thailand (MTJDA).

PETRONAS telah memaklumkan kerajaan bahawa pada masa ini hanya terdapat sebuah medan gas dalam Blok PM301 yang mengeluarkan hasil iaitu medan Bumi Selatan yang terletak di luar perairan Negeri Kelantan.

Sekian, terima kasih