Petronas bayar Royalti kepada Terengganu RM19.5 bilion, sejak 1995 hingga Ogos 2009

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB
SOALAN NO : 30 DARIPADA : DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG (MARANG)
TARIKH : 20.10.2009

Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang (Marang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah royalti yang telah diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu sejak 1995 hingga kini dan pecahan mengikut telaga-telaga yang dikira berada dalam perairan Terengganu.

JAWAPAN : Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah royalti yang telah dibayar oleh PETRONAS terus kepada Negeri Terengganu bagi tempoh 1995 hingga Ogos 2000 adalah sebanyak RM2.9 bilion.

Bagi tempoh September 2000 hingga Ogos 2009, jumlah royalti yang telah dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu melalui Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM16.6 bilion. Kesemua peruntukan ini dikutip dari telaga yang berada di luar perairan Terengganu.

Pemantauan terhadap pusat penyembelihan tidak mendapat sijil Halal

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS,
SOALAN NO : 22 DARIPADA : Y.B. Puan Siti Zailah Binti Yusof (Rantau Panjang)
TARIKH : 20 Oktober 2009

Y.B. Puan Siti Zailah Binti Yusof (Rantau Panjang) minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pemantauan dijalankan terhadap pusat penyembelihan yang tidak mendapat sijil Halal dan nyatakan jumlah pusat penyembelihan berstatus Halal.

JAWAPAN : Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL DATO’ JAMIL KHIR BAHAROM (B)
Tuan Yang Dipertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Sesungguhnya kerajaan khususnya JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan Pihak Berkuasa tempatan sentiasa mengadakan pemantauan kepada pusat-pusat penyembelihan dan pemprosesan.

Pemantauan dilakukan secara berkala dan aduan. Penguatkuasaan dilakukan secara bersepadu dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Veterinar dan Pihak Berkuasa Negeri.

Pemantauan dan pemeriksaan keatas pusat-pusat penyembelihan adalah bertujuan untuk memastikan pemantauan kepada hokumhukum syarak dan piawaian yang ditetapkan.

Jumlah rumah sembelih yang mendapat sijil Halal Jakim ialah 24 buah tidak termasuk dinegeri-negeri.

5 Kriteria Artis luar negara buat persembahan konsert di Malaysia

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS SOALAN NO : 16
DARIPADA : TUAN HAJI NASHARUDIN BIN MAT ISA [BACHOK]
TARIKH : 20 OKTOBER 2009

Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kriteria artis-artis luar negara yang dibenarkan untuk mengadakan konsert di Malaysia.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,

Setiap permohonan kemasukan artis luar negara ke Malaysia diluluskan oleh satu Jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pusat Penggambaran Filem clan Persembahan Artis Luar Negara (Jawatankuasa PUSPAL) yang bersidang setiap minggu bagi menilai semua permohonan yang diterima.

Semua permohonan berhubung konsert dan untuk membawa masuk artis luar negara perlu mematuhi kriteria berikut:

i. Artis hendaklah berpakaian mengikut kesesuaian jenis persembahan dan bersesuaian dengan budaya masyarakat tempatan.

ii. Artis tidak mempamerkan perlakuan yang ada unsur-unsur lucah dan melakukan perbuatan atau mengeluarkan tuturkata yang bertentangan dengan nilai-nilai serta norma masyarakat tempatan.

iii. Kandungan/lirik lagu-lagu artis hendaklah sesuai dengan budaya masyarakat tempatan.

iv. Lagu-fagu yang dipersembahkan hendaklah tidak mempengaruhi pemikiran rakyat tempatan dan membawa kesan negatif kepada muda-mudi.

v. Artis tidak ditaja oleh syarikat minuman keras, jenama rokok dan perjudian.

HDC ambilalih pengeluaran sijil Halal JAKIM April 2008

PERTANYAAN LISAN DIJAWAB BERTLIS BAGI SOALAN NO: 32
DARIPADA : Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ]
TARIKH : 19 Oktober 2009

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah ringgit Malaysia yang diperuntukkan kepada HDC sewaktu pengambilalihan pengendalian urusan persijilan halal dari JAKIM tempoh hari.

Jawapan : (Yang Berhormat Senator Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, semasa pengambilalihan urusan Pensijilan Halal daripada JAKIM, Halal Industry Development Corporation (HDC) tidak diberi peruntukan kewangan yang khusus untuk melaksanakan urusan pensijilan Halal tersebut. HDC telah mengambil alih urusan pengeluaran sijil Halal daripada JAKIM dari bulan April 2008 sehingga Kerajaan memutuskan pengeluaran Sijil Halal dikembalikan kepada JAKIM pada Julai 2009.

HDC telah menggunakan peruntukkan yang sedia ada bagi melaksanakan segala perbelanjaan operasi pensijilan halal termasuklah pemprosesan permohonan, pemantauan dan pengauditan sijil Halal.

Dalam tempoh pengendalian pensijilan Halal oleh HDC, sejumlah RM1.2 juta telah dibelanjakan bagi menampung semua kos operasi berkaitan pensijilan Halal. Dalam tempoh tersebut, HDC juga telah mengeluarkan sebanyak 4,970 sijil Halal, merangkumi produk halal, premis makanan, pusat penyembelihan dan logistik.

Polisi Tenaga Baru masih dalam kajian

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO: 27
DARIPADA : YB. DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [ HULU LANGAT ]
TARIKH : 19 OKTOBER 2009 (ISNIN)

YB. DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [ HULU LANGAT ] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :
(a) bilakah Kementerian berhasrat untuk mengumumkan Polisi Tenaga Baru dengan mengambil kira tenaga nuklear sebagai satu pilihan; dan
(b) perkembangan terbaru status tenaga yang boleh diperbaharui dapat dimanfaatkan secara ekonomi dalam negara kita.

JAWAPAN Tuan Yang Dipertua, Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

Pada masa ini Kajian Dasar Tenaga Negara sedang di peringkat kajian oleh Unit Perancang Ekonomi. Kajian tersebut dijangka akan dimuktamadkan pada bulan November 2009. Hasil kajian tersebut dijangka akan dapat membantu Kerajaan dalam usaha membuat penilaian terhadap opsyen penggunaan nuklear bagi penjanaan elektrik bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik pasca 2025.

Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat berhubung tenaga boleh diperbaharu, di bawah Dasar Lima Bahan Api yang telah diperkenalkan pada tahun 2000, sumber Tenaga Boleh Diperbaharu, atau dengan izin Renewable Energy (RE) daripada biomass, biogas, sisa buangan bandaran (municipal waste), tenaga suria dan mini hidro telah dikenalpasti sebagai sumber tambahan kepada sumber bahan api fosil sedia ada untuk penjanaan tenaga elektrik.

Pada masa ini, sumber tenaga hidro iaitu mini, mikro dan piko hidro dianggap sebagai salah satu daripada teknologi yang ekonomi untuk digunakan bagi membekalkan tenaga elektrik di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak. Penggunaan sumber ini dijangka lebih kos efektif berbanding dengan penyambungan grid nasional ke kawasan pedalaman yang mempunyai bentuk mukabumi yang sukar untuk diakses memandangkan ia boleh di agihkan melalui grid mini yang terpencil (isolated grid) khusus untuk satu-satu kawasan.
Teruskan membaca

Pembekuan penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia berkuatkuasa serta merta

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS SOALAN NO: 12
DARIPADA: Y.B. TUAN HAJI NASHARUDIN BIN MAT ISA
TARIKH: 19 OKTOBER 2009

Y.B. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan punca dan implikasi akibat dari kelewatan keputusan antara Malaysia dan Indonesia mengenai isu pembekuan amah dan kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

JAWAPAN: Tuan Yang di-Pertua,
Pada 25 Jun 2009 Kerajaan Indonesia melalui Kedutaannya di Kuala Lumpur telah membuat pengumuman untuk membekukan penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia berkuatkuasa serta merta. Tindakan ini diambil ekoran daripada laporan akhbar tempatan mengenai penderaan ke atas seorang pembantu rumah warga negara Indonesia oleh majikan Malaysia.

Susulan daripada itu, satu pertemuan di antara Menteri Sumber Manusia dengan rakan sejawatnya dari Indonesia telah diadakan pada 6 Julai 2009 di Putrajaya bagi membincangkan dan menyelesaikan isu berkaitan. Telah dipersetujui bahawa mesyuarat 1 Jawatankuasa Kerja antara dua negara perlu diadakan bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan.

Kementerian ini berharap isu ini dapat diselesaikan dalam suasana yang kondusif. Di samping itu delegasi Malaysia akan memastikan kepentingan negara tidak akan dikompromi dalam mencapai sebarang keputusan.

Sehubungan itu, adalah ditegaskan bahawa proses perbincangan ini akan mengambil kira kebajikan dan keperluan majikan tempatan supaya mereka tidak dibebankan dengan kos yang berlebihan dikenakan oleh agen di Malaysia dan juga di Indonesia.

Di samping itu, sebagai tindakan alternatif, Kerajaan akan memberi penumpuan kepada negara sumber lain untuk mendapatkan pembantu rumah. Pada masa kini, negara sedang mendapatkan pembantu rumah daripada negara-negara seperti Indonesia, Filipina, India, Thailand, Sri Langka, Kambodia dan Laos.

Isu Pegangan ekuiti asing keatas BERNAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN DI JAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 8
DARIPADA : TUAN HAJI TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB (BALING)
TARIKH : 19 OKTOBER 2009 (ISNIN)

YB TUAN HAJI TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI Menyatakan adakah Kerajaan sudah berjaya pula dalam hasratnya untuk membeli kembali saham Bernas yang dimiliki oleh syarikat negara asing itu.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua, Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan pada masa ini tidak bercadang untuk membeli ekuiti BERNAS selaras dengan dasar penswastaan. Kedudukan terkini pegangan ekuiti BERNAS berakhir 16 Oktober 2009 adalah seperti berikut:

Mengenai isu pegangan ekuiti BERNAS oleh pihak asing iaitu Wang Tak Company Limited (Hong Kong), BERNAS telah mengambil tindakan iaitu pada 28 Ogos 2009, Tradewind (M) Berhad iaitu sebuah syarikat tempatan telah menandatangani perjanjian bersyarat dengan Wang Tak Company Limited untuk mengambil alih 31.5% kepentingan ekuiti BERNAS dengan nilai sebanyak RM308.4 juta.

Pengambilalihan ini walau bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan para pemegang saham Tradewind (M) Bhd clan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Pengambilalihan ini dijangka akan dapat dimuktamadkan pada akhir bulan Oktober 2009.

Untuk makluman Dewan yang mulia, berdasarkan Memorandum. dan Tataurusan Syarikat, Kerajaan Malaysia mempunyai pegangan Saham Khas (Golden Share) di dalam BERNAS yang diwakili oleh Kementerian Kewangan (Diperbadankan). Ini bermakna Kerajaan mempunyai hak-hak istimewa sebagai Pemegang Saham Khas seperti berikut:

Artikel 7(7) Tataurusan Syarikat -Hak Pemegang Saham Khas Untuk Menyemak
Pemegang Saham Khas mempunyai hak untuk menyemak semua polisi, program, projek clan aktivitiaktiviti komersil oleh Syarikat untuk memastikan semua polisi, program, projek clan aktiviti-aktiviti komersil tidak akan menjejaskan kepentingan nasional clan keselamatan negara.

Artikel 7(8) – Kuasa Pemegang Saham Khas untuk veto resolusi
Pemegang Saham Khas mempunyai kuasa veto ke atas sebarang resolusi Lembaga Pengarah dan/atau pemegang saham BERNAS, sekiranya Kerajaan mendapati ia perlu berbuat demikian demi kepentingan nasional dan keselamatan negara.

Artikel 7(9) – Kuasa Pemegang Saham Khas untuk veto resolusi
Pemegang Saham Khas mempunyai kuasa veto ke atas sebarang resolusi oleh Lembaga Pengarah dan/atau pemegang saham Syarikat, yang bertujuan untuk meminda peruntukan dalam Memorandum dan Tataurusan Syarikat yang menjejaskan hak-hak atau apa-apa perkara berkenaan dengan Saham Khas.

Yang berhormat sekalian, antara langkah yang diwujudkan bagi memastikan bahawa saham BERNAS tidak jatuh ke syarikat asing adalah dengan mewujudkan Memorandum dan Tataurusan Syarikat yang memperuntukkan sekatan terhadap kawalan asing dalam BERNAS seperti berikut:

i) Artikel 3(1) Kawalan: Apa-apa percantuman, penggabungan, atau lain-lain perancangan yang akan mengakibatkan pindahan pengurusan atau kawalan Syarikat kepada mana-mana individu atau firma asing atau mana-mana firma kawalan asing tidak dibenarkan.

ii) Artikel 3(3) Kawalan: Selain daripada Individu Yang Berhak, individu atau sekumpulan individu yang lain boleh dilantik dalam Lembaga Pengarah dengan mendapat persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada Pemegang Saham khas.

Selain daripada kelulusan daripada Lembaga Pengarah, BERNAS perlu mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti clan Kementerian Kewangan sebelum sebarang urusan pembelian saham syarikat berlaku.