Isu Pegangan ekuiti asing keatas BERNAS

PERTANYAAN : JAWAB LISAN DI JAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 8
DARIPADA : TUAN HAJI TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB (BALING)
TARIKH : 19 OKTOBER 2009 (ISNIN)

YB TUAN HAJI TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI Menyatakan adakah Kerajaan sudah berjaya pula dalam hasratnya untuk membeli kembali saham Bernas yang dimiliki oleh syarikat negara asing itu.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua, Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan pada masa ini tidak bercadang untuk membeli ekuiti BERNAS selaras dengan dasar penswastaan. Kedudukan terkini pegangan ekuiti BERNAS berakhir 16 Oktober 2009 adalah seperti berikut:

Mengenai isu pegangan ekuiti BERNAS oleh pihak asing iaitu Wang Tak Company Limited (Hong Kong), BERNAS telah mengambil tindakan iaitu pada 28 Ogos 2009, Tradewind (M) Berhad iaitu sebuah syarikat tempatan telah menandatangani perjanjian bersyarat dengan Wang Tak Company Limited untuk mengambil alih 31.5% kepentingan ekuiti BERNAS dengan nilai sebanyak RM308.4 juta.

Pengambilalihan ini walau bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan para pemegang saham Tradewind (M) Bhd clan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Pengambilalihan ini dijangka akan dapat dimuktamadkan pada akhir bulan Oktober 2009.

Untuk makluman Dewan yang mulia, berdasarkan Memorandum. dan Tataurusan Syarikat, Kerajaan Malaysia mempunyai pegangan Saham Khas (Golden Share) di dalam BERNAS yang diwakili oleh Kementerian Kewangan (Diperbadankan). Ini bermakna Kerajaan mempunyai hak-hak istimewa sebagai Pemegang Saham Khas seperti berikut:

Artikel 7(7) Tataurusan Syarikat -Hak Pemegang Saham Khas Untuk Menyemak
Pemegang Saham Khas mempunyai hak untuk menyemak semua polisi, program, projek clan aktivitiaktiviti komersil oleh Syarikat untuk memastikan semua polisi, program, projek clan aktiviti-aktiviti komersil tidak akan menjejaskan kepentingan nasional clan keselamatan negara.

Artikel 7(8) – Kuasa Pemegang Saham Khas untuk veto resolusi
Pemegang Saham Khas mempunyai kuasa veto ke atas sebarang resolusi Lembaga Pengarah dan/atau pemegang saham BERNAS, sekiranya Kerajaan mendapati ia perlu berbuat demikian demi kepentingan nasional dan keselamatan negara.

Artikel 7(9) – Kuasa Pemegang Saham Khas untuk veto resolusi
Pemegang Saham Khas mempunyai kuasa veto ke atas sebarang resolusi oleh Lembaga Pengarah dan/atau pemegang saham Syarikat, yang bertujuan untuk meminda peruntukan dalam Memorandum dan Tataurusan Syarikat yang menjejaskan hak-hak atau apa-apa perkara berkenaan dengan Saham Khas.

Yang berhormat sekalian, antara langkah yang diwujudkan bagi memastikan bahawa saham BERNAS tidak jatuh ke syarikat asing adalah dengan mewujudkan Memorandum dan Tataurusan Syarikat yang memperuntukkan sekatan terhadap kawalan asing dalam BERNAS seperti berikut:

i) Artikel 3(1) Kawalan: Apa-apa percantuman, penggabungan, atau lain-lain perancangan yang akan mengakibatkan pindahan pengurusan atau kawalan Syarikat kepada mana-mana individu atau firma asing atau mana-mana firma kawalan asing tidak dibenarkan.

ii) Artikel 3(3) Kawalan: Selain daripada Individu Yang Berhak, individu atau sekumpulan individu yang lain boleh dilantik dalam Lembaga Pengarah dengan mendapat persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada Pemegang Saham khas.

Selain daripada kelulusan daripada Lembaga Pengarah, BERNAS perlu mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti clan Kementerian Kewangan sebelum sebarang urusan pembelian saham syarikat berlaku.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: