Polisi Tenaga Baru masih dalam kajian

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO: 27
DARIPADA : YB. DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [ HULU LANGAT ]
TARIKH : 19 OKTOBER 2009 (ISNIN)

YB. DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [ HULU LANGAT ] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :
(a) bilakah Kementerian berhasrat untuk mengumumkan Polisi Tenaga Baru dengan mengambil kira tenaga nuklear sebagai satu pilihan; dan
(b) perkembangan terbaru status tenaga yang boleh diperbaharui dapat dimanfaatkan secara ekonomi dalam negara kita.

JAWAPAN Tuan Yang Dipertua, Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

Pada masa ini Kajian Dasar Tenaga Negara sedang di peringkat kajian oleh Unit Perancang Ekonomi. Kajian tersebut dijangka akan dimuktamadkan pada bulan November 2009. Hasil kajian tersebut dijangka akan dapat membantu Kerajaan dalam usaha membuat penilaian terhadap opsyen penggunaan nuklear bagi penjanaan elektrik bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik pasca 2025.

Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat berhubung tenaga boleh diperbaharu, di bawah Dasar Lima Bahan Api yang telah diperkenalkan pada tahun 2000, sumber Tenaga Boleh Diperbaharu, atau dengan izin Renewable Energy (RE) daripada biomass, biogas, sisa buangan bandaran (municipal waste), tenaga suria dan mini hidro telah dikenalpasti sebagai sumber tambahan kepada sumber bahan api fosil sedia ada untuk penjanaan tenaga elektrik.

Pada masa ini, sumber tenaga hidro iaitu mini, mikro dan piko hidro dianggap sebagai salah satu daripada teknologi yang ekonomi untuk digunakan bagi membekalkan tenaga elektrik di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak. Penggunaan sumber ini dijangka lebih kos efektif berbanding dengan penyambungan grid nasional ke kawasan pedalaman yang mempunyai bentuk mukabumi yang sukar untuk diakses memandangkan ia boleh di agihkan melalui grid mini yang terpencil (isolated grid) khusus untuk satu-satu kawasan.

Di peringkat global pula, teknologi yang semakin banyak diaplikasikan adalah teknologi tenaga angin dan suria. Kos kedua-dua teknologi ini semakin menurun selaras dengan peningkatan permintaan dalam kemajuan teknologi. Walau bagaimanapun, potensi tenaga angin di Malaysia adalah terhad memandangkan negara kita berada dalam garisan khatulistiwa yang mempunyai kelajuan purata di bawah 4 meter persaat. Sehubungan itu kajian lanjut perlu diadakan mengenai potensi tenaga angin sederhana bagi mengenalpasti penggunaan teknologi ini di masa akan datang.

Tenaga suria merupakan salah satu sumber tenaga yang paling berpotensi untuk digunakan memandangkan negara kita menerima sinaran matahari sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, kos bagi mengaplikasikan tenaga suria masih tinggi di negara kita iaitu pada kadar purata IZM25,391 per kilo watt peak walaupun kosnya telah menurun di peringkat global. Ini memandangkan permintaan bagi menggunakan teknologi solar fotovoltik di negara kita masih terhad.

Oleh yang demikian, Kerajaan sedang mengambil langkah untuk melaksanakan pelbagai program seperti Malaysian Building Integrated Photovoltaics (MBIPV) bagi meningkatkan penggunaan teknologi solar fotovoltik dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan bagi menurunkan kos teknologi ini ke paras yang lebih ekonomi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: