Jenayah Indeks seluruh negara 2005 – 2009

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 35
DARIPADA : DR. HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN [ PENDANG ]
TARIKH : 22 OKTOBER 2009 2058

Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah jumlah indeks jenayah bagi seluruh negara mengikut negeri-negeri sejak tahun 2005 hingga kini.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Pendang yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, jumlah jenayah indeks yang dicatatkan mengikut negeri di seluruh negara bermula daripada tahun 2005 sehingga kini adalah seperti berikut:-

Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) dikuatkuasa 2 Februari 2009

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 32
DARIPADA : YB DR. DZULKIFLY BIN AHMAD [ KUALA SELANGOR ]
TARIKH : 22 OKTOBER 2009

Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah konkrit yang telah dilaksanakan bagi memenuhi peruntukan Akta SPK. Apakah Kerajaan bersedia membentangkan Kertas Putih untuk menjelaskan pelaksanaan terkini dan kedudukan peruntukan Akta tersebut.

JAWAPAN : YB DATUK LIEW VUI KEONG, TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,
Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) berhubung dengan pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan telah dikuat kuasakan pada 2 Februari 2009 dan hakim mahkamah atasan yang dimaksudkan dalam Akta tersebut tidak termasuk Pesuruhjaya Kehakiman.

Semua anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah dilantik pada 9 Februari 2009 oleh YAB Perdana Menteri dan empat (4) daripadanya dilantik atas jawatan iaitu:
i. Ketua Hakim Negara
ii. Presiden Mahkamah Rayuan
iii, Hakim Besar Malaya
iv. Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak

Bagi melaksana clan menguatkuasakan peruntukan tersebut maka Suruhanjaya telah pun mengesyorkan kepada YAB Perdana Menteri untuk membuat peraturan-peraturan termasuk peraturan berhubung dengan proses clan kaedah pemilihan pelantikan hakim mahkamah atasan. Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Proses Pemilihan clan Kaedah pelantikan Hakim-Hakim Mahkamah Atasan) 2009 telah pun diwartakan dan berkuat kuasa pada 1 Jun 2009.

Sebagaimana yang telah diperjelaskan terdahulu, proses yang diperuntukan di bawah Akta 695 mengenai pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan adalah proses yang mendahului proses-proses pelantikan di bawah Perkara 122B Perfembagaan Persekutuan.

Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat pemilihan yang dibuat oleh anggota Suruhanjaya adalah secara Undi Sulit dan nama yang disyor hanyalah nama yang mendapat undian tertinggi. Selepas membuat pemilihan Suruhanjaya akan mengemukakan suatu laporan kepada Perdana Menteri dengan menyatakan siapa yang dipilih dengan alasan pemilihan.

Ketua Hakim Negara sebagai Pengerusi Suruhanjay,,Pelantikan Kehakiman akan mengemukakan laporan tersebut bersama surat kepada Perdana Menteri sepertimana yang diperuntukan dalam Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan hakim mahkamah atasan.

Laporan tahunan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi tahun ini akan dikemukakan kepada Parlimen pada mesyuarat pertama Pariimen tahun hadapan yang akan mengandungi segala aktiviti Suruhanjaya termasuk mengenai pemilihan pelantikan hakim bagi tahun yang dilapor.

Semua pihak bersetuju dengan pelaksanaan RON95?

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 31
DARIPADA : TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN (PASIR PUTEH )
TARIKH : 22.10.2009

TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN (PASIR PUTEH ) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah pihak Kementerian telah membuat kajian yang mendalam terhadap penggunaan RON95 di terutamanya kesan terhadap enjin kenderaan.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Sebelum keputusan untuk memperkenalkan RON95 dilaksanakan, beberapa siri perbincangan antara pihak Kerajaan, NGO dan persatuan kenderaan telah diadakan bagi mendapatkan maklum balas dari setiap aspek penggunaan petrol RON95.

Semua pihak tersebut bersetuju dengan pelaksanaan RON95 memandangkan ianya boleh menyumbang kepada alam sekitar yang bersih clan sesuai bagi kebanyakan enjin kenderaan di Malaysia.

Kebanyakan enjin kenderaan ketika ini menggunakan teknologi yang direkabentuk sesuai dengan penggunaan petrol RON95. Dengan menggunakan petrol yang mempunyai nilai RON minimum yang bersesuaian dengan keperluan kenderaan sepertimana yang disyorkan oleh pengeluar enjin kenderaan akan memastikan pembakaran berlaku tepat pada masanya lantas mengelakkan berlakunya fenomena ketukan enjin.

Oleh yang demikian, sekiranya enjin kenderaan cukup sekadar dengan pembakaran RON95, penggunaan RON yang lebih tinggi tidak akan memberi kesan kepada keupayaan enjin secara optimum. Para pengguna boleh merujuk buku panduan kenderaan atau pengeluar enjin kenderaan bagi memastikan tahap minimum RON yang diperlukan.

Negara-negara pengeluar kenderaan utama dunia seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat juga menggunakan petrol RON95. Di Eropah, penggunaan petrol RON95 adalah lebih 80% daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan.

Walaubagaimanapun, petrol RON97 masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukan nilai RON minimum 97 terutamanya kenderaan-kenderaan yang berkuasa tinggi.

Penanam Tembakau dapat nilai tambah bila tanam Kenaf?

PERTANYAAN : JAWAB LISAN SOALAN NO : 12
DARIPADA : Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]
TARIKH : 22 Oktober 2009 (Khamis)

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan status perkembangan tanaman alternatif seperti kenaf.

JAWAPAN : Tuan Yang Di-Pertua,
Terima kasih diatas pertanyaan dari Ahli Yang Berhormat. Izinkan saya menjawab pertanyaan yang dikemukakan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tanaman alternatif seperti Kenaf telah diperkenalkan oeh Kerajaan kepada penanam-penanam tembakau. Kenaf telah dikenalpasti sebagai komoditi baru yang boleh dimajukan sebagai sumber pertumbuhan baru. Kenaf berpotensi untuk dikomersialkan bagi menghasilkan produk-produk yang boleh digunakan di dalam industri binaan, automotif, biokomposit, tekstil, kertas dan makanan ternakan.

Antara bulan Januari hingga September 2009, Kementerian Perusahaan Perladangan clan Komoditi melalui Lembaga Tembakau Negara (LTN) telah menanam tanaman kenaf hampir 500 hektar di seluruh negara. Jumlah ini adalah termasuk keluasan tanaman untuk dikomersialkan dan tanaman untuk penghasilan biji benih. Hasil yang dikeluarkan di Kelantan clan Terengganu sahaja adalah sebanyak 2,796 tan dan secara keseluruhan pengeluaranya mencapai 5,000 tan batang kering di seluruh negara.

Antara langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan keluasan tanaman clan penggunaan kenaf adalah seperti berikut:

a. Bekerjasama dengan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan syarikat pemprosesan kenaf untuk memajukan kawasan tanah beris terbiar disepanjang pantai Kelantan dan Terengganu dengan sasaran 10,000 hektar sehingga tahun 2020.

b. Kerajaan Terengganu telah menyediakan tanah belum diteroka seluas 1,500 hektar di kawasan Saujana, Setiu yang akan dimajukan oleh LTN secara berperingkat untuk menjadikan Terengganu sebagai hub pengeluaran kenaf negara.

d. Bekerjasama dengan 4 syarikat kenaf untuk membangunkan pusat pengumpulan, pemprosesan dan pemasaran (Collection, Processing and Marketing Centre (CPMC). CPMC ini akan menghasilkan produk-produk berasaskan kenaf seperti biokomposit, fiber kenaf, powder kenaf, insulator dan light particle board.

e. Bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan MARDI untuk membangunkan teknologi penanaman dan pemprosesan kenaf bagi menghasilkan teknologi penuaian dan pemprosesan. Turut Bekerjasama dengan agensi seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk menjadikan kenaf sebagai tanaman integrasi sementara menunggu tanaman sawit dan getah matang.

f. Menggalakkan dan mempromosi penanaman di kalangan penanam-penanam tembakau serta penglibatan mereka dengan aktiviti nilai tambah yang dapat meningkatkan pendapatan petani.

Sumbangan negeri Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan kepada pengeluaran Petroleum negara

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 36
DARIPADA : Y.B. DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG [ MARANG ]
TARIKH : 21 OKTOBER 2009

Y.B. Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratus sumbangan negeri Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan kepada pengeluaran Petroleum negara antara tahun 2005 hingga 2008 serta jumlahnya dalam Ringgit Malaysia.

JAWAPAN : YB TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP

Tuan Yang di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peratus pengeluaran minyak mentah, kondensat dan gas dari luar pantai Malaysia antara tahun kewangan berakhir 31 Mac 2005 hingga 2008 adalah seperti berikut:

Sehingga kini, tiada sebarang pengeluaran minyak mentah, kondensat dan gas dari luar pantai Kelantan.

Pengeluaran minyak mentah clan gas asli tidak dinilai dalam Ringgit Malaysia. Penilaian minyak mentah clan gas asli dalam Ringgit Malaysia hanya boleh dilakukan apabila ianya dijual kepada pembeli.

Sekian, terima kasih.

Skandal MAS: Peguam Negara arah SSM ambil tindakan terhadap Tajuddin Ramli

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 15
DARIPADA : TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB [ KUBANG KERIAN ]
TARIKH : 21 OKTOBER 2009 2044

Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah siasatan laporan polis dengan nombor laporan 347/02 di Balai Polis Dang Wangi pada 4 Januari 2002 dan laporan polis oleh Dato’ Ong Jyh Jong dengan nombor laporan 12532/05 di Balai Polis Dang Wangi pada 4 Mei 2005 berhubung skandal urus niaga melibatkan MAS.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia, pihak polis telah selesai menjalankan siasatan mengenai dakwaan salah laku jenayah berkaitan keputusan memilih Syarikat Advance Logistics sebagai pengendali kargo MAS di Lapangan Terbang Hahn, Jerman serta penyewaan kapal terbang kargo Atlas Air Amerika Syarikat.

Pejabat Peguam Negara telah mengarahkan kes ini dirujuk dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk tindakan kompaun di bawah Seksyen 371A Akta Syarikat 1965 terhadap Tan Sri Tajuddin Ramli dan Wan Aishah Wan Hamid.

Pijak Kepala Lembu: YB Sembrong tidak diambil tindakan

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 38
DARIPADA : TUAN HAJI TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB [ BALING ]
TARIKH : 21 OKTOBER 2009

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah sebabnya Menteri bertemu dan melayani sekumpulan orang dari Seksyen 23, Shah Alam selepas mereka itu mengarak dan memijak-mijak kepala lembu yang jelas menghina agama lain yang dilarang oleh Islam seperti yang disebut dalam Surah AI-An’am

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Baling yang mengemukakan pertanyaan.

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, hasil siasatan pihak polis mendapati laporan polis yang dibuat terhadap Y.B. Sembrong tersebut tidak mengandungi kesalahan jenayah. Oleh yang demikian, ia diklasifikasikan sebagai NOD [No Offence Disclosed] dan tiada siasatan lanjut dijalankan ke atas laporan-laporan tersebut.

Tuan Yang Dipertua,
Tindakan Y.B. Sembrong berjumpa dengan suspek yang terlibat dalam insiden memijak kepala lembu di Shah Alam tidak boleh dilihat sebagai merestui tindakan kumpulan terbabit.

Sebaliknya, tujuan perjumpaan tersebut diadakan adalah bagi mendapatkan penjelasan terperinci disamping cuba untuk menenangkan keadaan daripada menjadi lebih tegang dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Pijak Kepala Lembu, 12 suspek ditahan

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 31
DARIPADA : DATO’ HAJI AB. HALIM BIN AB. RAHMAN [ PENGKALAN CHEPA ]
TARIKH : 21 OKTOBER 2009 2049

Dato’ Haji Ab. Halim Bin Alb. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan baru-baru ini perarakan membantah pemindahan kuil daripada Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Di antara mereka telah bertindak memijak-mijak kepala lembu sebagai menghina agama lain. Berapa ramai yang telah ditangkap dan didakwa.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Chepa yang mengemukakan pertanyaan.

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kes demonstrasi haram berhubung bantahan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam adalah disiasat di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis 1967 dan Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan 1948.

Hasil daripada siasatan pihak polis, seramai 12 orang suspek telah ditahan dan telah dituduh di mahkamah pada 9 September 2009.

14 Projek Pembangunan DUN Trong dalam RMK9

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS, SOALAN NO : 10
DARIPADA : DATO’ SERI MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (BUKIT GANTANG)
TARIKH : 21 OKTOBER 2009

DATO’ SERI MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (BUKIT GANTANG) Minta PERDANA MENTERI menyatakan :
(a) Senaraikan perancangan pembangunan serta projek mega yang dirancang bagi DUN Trong, Parlimen Bukit Gantang di sepanjang RMKe-9; dan
(b) Apakah tahap pelaksanaan projek-projek

JAWAPAN : YB TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP
Tuan Yang di- Pertua,

Bagi DUN Trong, Parlimen Bukit Gantang, terdapat 14 projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia KeSembilan seperti berikut:

10 projek bina sekolah;
(ii) 1 projek menaiktaraf laluan;
(iii) 1 projek membaikpulih jalan;
(iv) 1 program agrotourism; dan
(v) 1 projek gelanggang rakyat.

Bagi status kemajuan projek, daripada 14 projek berkenaan, tujuh projek sudah siap, satu projek mendahului jadual dan baki enam projek mengikut jadual. Tidak ada projek mega yang telah dirancangkan bagi kawasan DUN Trong berkenaan.
Sekian, terima kasih.