Penanam Tembakau dapat nilai tambah bila tanam Kenaf?

PERTANYAAN : JAWAB LISAN SOALAN NO : 12
DARIPADA : Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]
TARIKH : 22 Oktober 2009 (Khamis)

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan status perkembangan tanaman alternatif seperti kenaf.

JAWAPAN : Tuan Yang Di-Pertua,
Terima kasih diatas pertanyaan dari Ahli Yang Berhormat. Izinkan saya menjawab pertanyaan yang dikemukakan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tanaman alternatif seperti Kenaf telah diperkenalkan oeh Kerajaan kepada penanam-penanam tembakau. Kenaf telah dikenalpasti sebagai komoditi baru yang boleh dimajukan sebagai sumber pertumbuhan baru. Kenaf berpotensi untuk dikomersialkan bagi menghasilkan produk-produk yang boleh digunakan di dalam industri binaan, automotif, biokomposit, tekstil, kertas dan makanan ternakan.

Antara bulan Januari hingga September 2009, Kementerian Perusahaan Perladangan clan Komoditi melalui Lembaga Tembakau Negara (LTN) telah menanam tanaman kenaf hampir 500 hektar di seluruh negara. Jumlah ini adalah termasuk keluasan tanaman untuk dikomersialkan dan tanaman untuk penghasilan biji benih. Hasil yang dikeluarkan di Kelantan clan Terengganu sahaja adalah sebanyak 2,796 tan dan secara keseluruhan pengeluaranya mencapai 5,000 tan batang kering di seluruh negara.

Antara langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan keluasan tanaman clan penggunaan kenaf adalah seperti berikut:

a. Bekerjasama dengan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan syarikat pemprosesan kenaf untuk memajukan kawasan tanah beris terbiar disepanjang pantai Kelantan dan Terengganu dengan sasaran 10,000 hektar sehingga tahun 2020.

b. Kerajaan Terengganu telah menyediakan tanah belum diteroka seluas 1,500 hektar di kawasan Saujana, Setiu yang akan dimajukan oleh LTN secara berperingkat untuk menjadikan Terengganu sebagai hub pengeluaran kenaf negara.

d. Bekerjasama dengan 4 syarikat kenaf untuk membangunkan pusat pengumpulan, pemprosesan dan pemasaran (Collection, Processing and Marketing Centre (CPMC). CPMC ini akan menghasilkan produk-produk berasaskan kenaf seperti biokomposit, fiber kenaf, powder kenaf, insulator dan light particle board.

e. Bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan MARDI untuk membangunkan teknologi penanaman dan pemprosesan kenaf bagi menghasilkan teknologi penuaian dan pemprosesan. Turut Bekerjasama dengan agensi seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk menjadikan kenaf sebagai tanaman integrasi sementara menunggu tanaman sawit dan getah matang.

f. Menggalakkan dan mempromosi penanaman di kalangan penanam-penanam tembakau serta penglibatan mereka dengan aktiviti nilai tambah yang dapat meningkatkan pendapatan petani.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: