Taraf gred perjawatan sentiasa dikaji

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 10
DARIPADA : Y.B. DR. MUJAHID BIN HAJI YUSOF RAWA (PARIT BUNTAR)
TARIKH : 26.10.2009

Y.B. DR. MUJAHID BIN HAJI YUSOF RAWA [ PARIT BUNTAR ] minta Menteri Pelajaran menyatakan bidang tugas perkeranian yang dijalankan oleh guru kelas atau guru tingkatan, adakah Kementerian bercadang mewujudkan jawatan kerani bagi menjalankan tugas perkeranian guru kelas bagi meringankan bebanan tugas guru.

JAWAPAN : Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pewujudan gred-gred perjawatan dalam organisasi adalah berdasarkan kepada justifikasi beban tugas, kompleksiti serta kuasa dan kawalan (power and control) dalam bidang kerja serta pengkhususan masing-masing. Oleh itu gred-gred perjawatan yang diwujudkan adalah sama dan bergantung kepada faktor-faktor bebanan yang digunapakai oleh semua Agensi Kerajaan termasuklah di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kelulusan sesuatu gred jawatan adalah dalam bidang kuasa Agensi Pusat selepas kajian yang teliti dibuat. Justeru, kenaikan taraf gred perjawatan sentiasa dikaji dari semasa ke semasa supaya sepadan dengan beban tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Terdapat pelbagai langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan beban tugas guru. Di antaranya ialah Kerajaan telah meluluskan perubahan norma perjawatan guru KBSR di sekolah rendah dan guru KBSM di sekolah menengah dari 1.5n kepada 1.7n secara berperingkat mulai tahun 2006 hingga tahun 2012. Perubahan norma perjawatan guru ini telah melibatkan pertambahan jawatan sebanyak 9,503 jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 sejak 2006 hingga 2008.

Di samping itu, Kerajaan juga telah meluluskan beberapa jawatan bukan guru di sekolah untuk membantu guru dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran clan proses pengajaran serta pembelajaran di sekolah. Untuk makluman, pada 1 Januari 2009, penambahan sebanyak 6,898 jawatan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) seperti Pembantu Tadbir (perkeranian), Pembantu Tadbir Rendah clan Pembantu Am Rendah telah diluluskan oleh Agensi Pusat bagi membantu tugas-tugas pentadbiran di samping mengurangkan beban tugas perkeranian yang dijalankan oleh guru kelas atau guru tingkatan. Selain itu juga, beberapa jawatan lain seperti Pembantu Pengurusan Murid, Pembantu Makmal dan Juruteknik Komputer telah ditambah baik bagi membantu guru-guru di sekolah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: