Hampir RM45 juta belanja PDRM sepanjang Pilihanraya Kecil 2009

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 42
DARIPADA : TUAN HAJI TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB [ BALING ]
TARIKH : 29 OKTOBER 2009

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah perbelanjaan PDRM untuk mengawal keselamatan ketika setiap kali pilihan raya kecil di Permatang Pasir, Penanti, Bukit Selambau, Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang Berlangsung.

JAWAPAN : Tuan Yang Di Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Baling yang mengemukakan pertanyaan.

Jumlah perbelanjaan untuk mengawal keselamatan bagi keenamenam kawasan pilihanraya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah RM44.9 juta.

Pecahan terperinci perbelanjaan mengikut kawasan pilihanraya berkenaan adalah seperti berikut:

Bantuan Input pertanian kepada Pekebun Getah

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 12
DARIPADA : Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]
TARIKH : 29 Oktober 2009 (Khamis)

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah Kementerian dalam mengatasi kekurangan skim bantuan tanaman semula getah untuk menampung kos penyelenggaraan akibat kenaikan harga baja dan racun.

JAWAPAN : Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Y.B. Rantau Panjang, Kementerian menyediakan beberapa jenis bantuan input pertanian sebagai langkah-langkah untuk mengatasi kekurangan peruntukan di bawah skim tanaman semula getah dan kos penyelenggaraan yang meliputi:
• Bantuan anak benih getah bermutu;
• Bantuan baja dan racun rumpai;
• Bantuan alat kutipan hasil dan pelindung hujan;
• Bantuan alatan rangsangan lateks; dan
• Latihan aplikasi teknologi serta amalan agronomi terbaik.

Jumlah keseluruhan bantuan berkenaan adalah sebanyak RM93.38 juta yang diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, Pakej Rangsangan Ekonomi ke-2 dan Sistem Torehan Berintensi Rendah (Low Intensity Tapping System – LITS)

Langkah kerajaan membantu Petani?

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 6
DARIPADA : TUAN HAJI CHE UDA BIN CHE NIK [ SIK]
TARIKH : 29 OKTOBER 2009 (KHAMIS)

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengapa Kerajaan sanggup berbelanja ratusan billion ringgit untuk bantu Korporat besar tetapi amat sedikit membantu petani luar bandar yang rugi ribuan ringgit setiap tahun kerana hasil pertanian dan buah-buahan mereka yang tidak dapat dipasarkan dan sampai bila keadaan ini akan dibiarkan berterusan.

JAWAPAN : YB. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Tuan Yang Dipertua,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan FAMA sentiasa berusaha membantu petani supaya hasil pertanian mereka mendapat pasaran yang baik. Diantara langkah-langkah yang dilaksanakan buat masa ini adalah seperti berikut:

i. Mewujudkan keperluan infrastruktur seperti pusat perolehan, bilik sejuk dan pusat jualan untuk dapat melaksanakan pengusaha rangkaian bekalan (supply chain management).

ii. Melaksanakan pemadanan (matching) bekalan dan permintaan dimana satu pasukan tugas di bawah MoA Inc. telah ditubuhkan untuk memastikan setiap keluaran petani dapat dipasarkan dengan harga yang berpatutan.

iii. Melaksanakan aktiviti pengiklanan dan memperkenalkan produk pertanian dan makanan untuk pasaran dalam dan luar negara melalui program penjenamaan (branding) dan product positioning dan sebagainya.

iv. Menjalankan risikan (market intelligement) dengan pasaran mengumpul, memproses, menganalisis dan menterjemahkan data-data maklumat pasaran bagi tujuan membuat keputusan dan juga disebarkan kepada petani-petani bagi memberitahu mereka membuat keputusan yang betul dalam merancang pengeluaran hasil pertanian.

v) Aktiviti jualan terus oleh pengeluar kepada pengguna melalui program Pasar Tani, Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS), Agrobazaar melalui tumpuan bekalan daripada ladang kontrak (contract farming) yang bertujuan melibatkan petani-petani terus dalam aktiviti pemasaran. Melalui perkongsian pintar (strategic alliance) FAMA juga membekalkan sayursayuran ke supermarket, kilang-kilang dan institusi-institusi di seluruh negara.

vi. Menggalakkan petani menjalankan kegiatan memproses hasil pertanian bagi mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian yang mudah rosak dan lambakan hasil pertanian terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran.

vii. Belian buah-buahan yang tidak komersil pada harga yang baik dari pengeluaran sebagai langkah jangka pendek.

viii. Maklumat pasaran bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman petani mengenai pasaran.

ix) Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh FAMA, isu lambakan buah-buahan bermusim pada tahun 2009 tidak begitu ketara. Ini menunjukkan langkah-langkah FAMA menangani lambakan yang telah dilaksanakan telah menunjukkan kejayaan. Sekiranya ada kes-kes terpencil, FAMA akan membantu membeli hasil-hasil pertanian terbabit dengan harga yang berpatutan yang tidak merugikan petani.