Langkah kerajaan membantu Petani?

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 6
DARIPADA : TUAN HAJI CHE UDA BIN CHE NIK [ SIK]
TARIKH : 29 OKTOBER 2009 (KHAMIS)

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengapa Kerajaan sanggup berbelanja ratusan billion ringgit untuk bantu Korporat besar tetapi amat sedikit membantu petani luar bandar yang rugi ribuan ringgit setiap tahun kerana hasil pertanian dan buah-buahan mereka yang tidak dapat dipasarkan dan sampai bila keadaan ini akan dibiarkan berterusan.

JAWAPAN : YB. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Tuan Yang Dipertua,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan FAMA sentiasa berusaha membantu petani supaya hasil pertanian mereka mendapat pasaran yang baik. Diantara langkah-langkah yang dilaksanakan buat masa ini adalah seperti berikut:

i. Mewujudkan keperluan infrastruktur seperti pusat perolehan, bilik sejuk dan pusat jualan untuk dapat melaksanakan pengusaha rangkaian bekalan (supply chain management).

ii. Melaksanakan pemadanan (matching) bekalan dan permintaan dimana satu pasukan tugas di bawah MoA Inc. telah ditubuhkan untuk memastikan setiap keluaran petani dapat dipasarkan dengan harga yang berpatutan.

iii. Melaksanakan aktiviti pengiklanan dan memperkenalkan produk pertanian dan makanan untuk pasaran dalam dan luar negara melalui program penjenamaan (branding) dan product positioning dan sebagainya.

iv. Menjalankan risikan (market intelligement) dengan pasaran mengumpul, memproses, menganalisis dan menterjemahkan data-data maklumat pasaran bagi tujuan membuat keputusan dan juga disebarkan kepada petani-petani bagi memberitahu mereka membuat keputusan yang betul dalam merancang pengeluaran hasil pertanian.

v) Aktiviti jualan terus oleh pengeluar kepada pengguna melalui program Pasar Tani, Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS), Agrobazaar melalui tumpuan bekalan daripada ladang kontrak (contract farming) yang bertujuan melibatkan petani-petani terus dalam aktiviti pemasaran. Melalui perkongsian pintar (strategic alliance) FAMA juga membekalkan sayursayuran ke supermarket, kilang-kilang dan institusi-institusi di seluruh negara.

vi. Menggalakkan petani menjalankan kegiatan memproses hasil pertanian bagi mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian yang mudah rosak dan lambakan hasil pertanian terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran.

vii. Belian buah-buahan yang tidak komersil pada harga yang baik dari pengeluaran sebagai langkah jangka pendek.

viii. Maklumat pasaran bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman petani mengenai pasaran.

ix) Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh FAMA, isu lambakan buah-buahan bermusim pada tahun 2009 tidak begitu ketara. Ini menunjukkan langkah-langkah FAMA menangani lambakan yang telah dilaksanakan telah menunjukkan kejayaan. Sekiranya ada kes-kes terpencil, FAMA akan membantu membeli hasil-hasil pertanian terbabit dengan harga yang berpatutan yang tidak merugikan petani.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: