Gula naik: Perbezaan harga gula di negara jiran

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 10
DARIPADA : PUAN ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF (RANTAU PANJANG )
TARIKH : 10.11.2009

PUAN ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF ( RANTAU PANJANG ) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan punca kekurangan gula di pasaran. Nyatakan senarai pengeluaran gula berlesen, jumlah subsidi dan jumlah kes penyeludupan serta penyorokan gula dan apakah langkah yang telah diambil bagi mengatasi kekurangan gula di pasaran.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Kementerian sentiasa memastikan keperluan pengguna mencukupi terutamanya menjelang musim perayaan. Namun begitu, masih terdapat kes kekurangan gula terutamanya di musim perayaan. Antara punca yang telah dikenalpasti adalah:

(i) peningkatan permintaan gula meningkat berbanding bulan-bulan sebelumnya berikutan persediaan menghadapi musim perayaan;

(ii) pembelian secara panik oleh pengguna akibat spekulasi kenaikan harga gula;

(iii) terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan membeli gula dalam kuantiti yang besar melebihi keperluan untuk mengaut keuntungan;

(iv) industri makanan dan minuman membeli dan menyimpan gula yang lebih dari kebiasaan untuk memastikan pengeluaran tidak tergendala;

(v) Harga gula di Malaysia adalah adalah jauh lebih rendah iaitu RM 1.45/kg berbanding harga di negara-negara jiran menyebabkan aktiviti penyeludupan berlaku. Perbezaan harga gula di negara-negara jiran adalah seperti berikut:

Tuan Yang Dipertua,
Pada masa ini hanya terdapat empat (4) pengilang gula di Malaysia iaitu Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR), Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd. (MSM), Gula Padang Terap Berhad (GPT) dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn. Bhd. (KGFP).

Sebelum tahun 2009, subsidi tidak diberikan untuk komoditi gula. Jumlah subsidi gula yang diperuntukkan bagi tahun 2009 adalah sebanyak RM720 juta (RM345 juta melalui kelulusan MOF dan RM375 juta melalui Pakej Ransangan Ekonomi Kedua 2009).

Pembayaran subsidi hanya untuk jualan domestik bagi gula putih bertapis kasar clan halus sahaja. Pemberian subsidi diperuntukkan bagi mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan harga gula mentah dan kemerosotan ekonomi dunia pada tahun 2009. Ini selaras dengan konsep Rakyat didahulukan.

Turut tidak dinafikan berlakunya kegiatan penyeludupan dan penyorokan kerana gula bersubsidi Malaysia yang jauh lebih murah berbanding harga gula di negara-negara jiran. Mulai pada 1 Julai 2009 hingga 19 Oktober 2009 sebanyak 55 kes telah direkodkan atas kesalahan menyorok dan kegiatan penyeludupan gula. Dari jumlah tersebut sebanyak 139.393 m/tan gula disita dengan rampasan bernilai RM 215,093.15

Tuan Yang Dipertua,
Kementerian telah dan terus mengambil langkah bagi mengatasi kekurangan gula di pasaran, antaranya;

a. menempatkan pegawai penguatkuasa di setiap kilang gula di negara ini bagi memantau segala aktiviti di kilang seperti merekod kuantiti yang dihasilkan setiap hari sehingga memeriksa ke mana gula dihantar serta memastikan penghantaran kepada pemborong berjalan lancar clan sampai;

b. menjalankan pengoditan terhadap pemborong gula clan pemeriksaan ke atas peruncit bagi memastikan bekalan mencukupi di samping membantu peruncit mendapatkan bekalan gula daripada pemborong lain;

c. aktiviti penguatkuasaan clan kawalan di sempadan negara diperketatkan bagi melarang eksport gula keluar Malaysia terutama melalui jalan darat;

d. mempergiatkan risikan clan serbuan bagi membanteras aktiviti penyelewengan terutama penyorokan gula;

e. menempatkan pegawai penguatkuasa di pasaraya dan hypermarket bagi memantau dan menyekat pembelian gula oleh pengguna secara berlebihan;

f. membuka bilik gerakan bagi memantau pelaporan bekalan dari pekilang serta berfungsi sebagai saluran aduan dari peniaga clan orang ramai; dan

g. menawarkan ganjaran tidak melebihi RM10,000 kepada pemberi maklumat mengenai kegiatan penyelewengan gula;

Diharapkan dengan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan ini akan dapat membendung penyeludupan serta penyorokan dan seterus akan dapat menjamin bekalan gula sentiasa mencukupi di seluruh negara.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: