PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 14
DARIPADA : Y.B. DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG (MARANG)
TARIKH : 10.11.2009
Y.B. DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG [ MARANG ] minta Menteri Pelajaran menyatakan adakah hukuman rotan akan diperkenalkan semula sebagai salah satu cara mengurangkan masalah disiplin pelajar
JAWAPAN : Tuan Yang Di Pertua,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat memandang serius terhadap masalah disiplin yang melibatkan murid sekolah. KPM mengakui walaupun pelbagai kaedah dilakukan untuk menangani masalah disiplin murid ini, kejadian salah laku tersebut masih berlaku. Sehubungan itu KPM bersetuju agar pendekatan secara holistik digunakan iaitu dengan melibatkan pelbagai pihak termasuk ibu bapa dalam membendung masalah tersebut. IN disebabkan faktor yang mempengaruhi salah laku tersebut adalah pelbagai dan tidak hanya berpunca daripada sekolah sahaja.
Pelbagai langkah telah clan sedang dilaksanakan oleh KPM dalam membendung salah laku murid. Antaranya;
1. Pelaksanaan clan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 khususnya terhadap tatacara hukuman terhadap murid yang melakukan kesalahan disiplin oleh pihak sekolah. Nasihat clan bimbingan sentiasa diberi kepada sekolah agar tindakan yang dibuat adalah betul clan tidak mendatangkan isu ketidakpuasan kepada pihak awam khususnya ibu bapa. Ini termasuklah pematuhan PekelilingPekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh KPM dari semasa ke semasa;
2. Melaksanakan Program Jati Diri kepada murid yang telah dikenakan tindakan oleh pihak sekolah khususnya terhadap tindakan buang, gantung sekolah serta kepada murid yang telah dikenakan tindakan kerana melakukan kesalahan berat yang lain;
3. Melaksanakan Kursus Literasi Undang-Undang kepada Guru Disiplin seluruh negara;
4. Melaksanakan Kursus Pengurusan Emosi kepada guru disiplin;
5. Kempen menerusi media massa seperti Media Radio digunakan (Era FM, Sinar FM, X-fresh FM, Hot FM, KL FM clan Klasik FM);
6. Menyediakan `Poster Anti Ponteng’, `Poster Anti Buli’ dan `Poster Pencegahan Seks Bebas’;
7. Melaksanakan Program Rintis Sistem Merit Demerit;
8. Menggerakkan Pasukan Petugas Anti Ponteng. Program ini akan dimantapkan lagi menerusi Majlis Permuafakatan Pendidikan Daerah (MPPD);
9. Menggerakkan program keibubapaan kepada anggota PIBG;
10. Menggerakkan program khas bersama PDRM di setiap negeri; dan
11. Pelaksanaan rintis program Piawaian Keselamatan Sekolah dengan menfokuskan kepada lima aspek iaitu Pengurusan Aktiviti Murid, Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis clan Bencana, Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah, Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial dan Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko.
KPM berharap semua langkah yang diambil dapat menangani masalah disiplin yang berlaku. Namun kerjasama dari pelbagai pihak amat diperlukan dalam memastikan masalah disiplin ini dapat dibendung
Filed under: ADR Marang, Dewan Rakyat, Soalan Jawab Bertulis |
“ Blog Dengan Nama Islam Menghina Islam”
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu,
Ada sebuah blog yang benar-benar tidak pantas untuk dibaca (berisi pelecehan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam).Bapak Ibu kaum muslimin wal muslimat yang di rahmati Alloh silahkan buka blog yang menghina ajaran Islam di :Berita Muslim Sahih
atau:
http://beritamuslim.wordpress.com
Banyak artikel yang menghina ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW
Oleh karena itu, mari kita melaporkannya agar blog itu di tutup dengan cara sebagai berikut :Pertama buka alamat
http://en.wordpress.com/report-spam/
Lalu isi data-data yang diperlukan:… Lihat Selengkapnya
Your Email : email Anda
http://beritamuslim.wordpress.com
Why : isi dengan ” BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion islam. “[/quote]
semakin banyak yang melapor semakin cepat blognya ditutup.semoga kita terhindar dari hal2 yang bisa melemahkan iman kita dan semoga kita selalu ada dalam ridha dan lindungan-Nya…Amin
Syukran. Jazakallah khoiran katsira. Allahu Akbar.dikirim ulang dari grup Kajian Keilmuan bagi Aktivis dakwahWassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu — era muslim