Bila Skim Pembiayaan Kesihatan akan dilaksanakan?

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 16
DARIPADA : DR. MOHD HATTA BIN MD RAMLI [ KUALA KRAI ]
TARIKH : 10 NOVEMBER 2009

Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai j minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bila Skim Pembiayaan Kesihatan akan dilaksanakan setelah kajian dilakukan sejak tahun 1985.

JAWAPAN : Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
Tuan Yang di-Pertua,

Mekanisme pembiayaan kesihatan yang bersesuaian untuk negara bagi memberikan liputan perlindungan yang menyeluruh untuk semua golongan masyarakat, masih dalam peringkat perbincangan dan penelitian rapi. Penampilan dan perancangan skim pembiayaan kesihatan adalah amat kompleks dan serius. Banyak perkara perlu dikaji dengan teliti sebelum dilaksanakan. Di antara perkara ini ialah isu kesaksamaan (equity), penggunaan wang pembiayaan dengan efisien (efficiency), cara pembiayaan yang tidak memudaratkan rakyat, peningkatan kualiti khidmat kesihatan yang dibiayai dan hubungkait rekabentuk sistem pembiayaan dengan sistem penyampaian penjagaan kesihatan.

Skim pembiayaan kesihatan yang distrukturkan semula mesti digabungkan dengan penstrukturan semula sistem kesihatan negara supaya lebih berkesan dan menambahkan faedah kepada rakyat. Ini akan membawa sistem kesihatan Malaysia ke arah penyampaian dan pembiayaan kesihatan yang setaraf dengan negara maju selaras dengan usaha murni kerajaan untuk melonjakkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Sistem penyampaian penjagaan yang mengintegrasikan tenaga kerja dan tenaga mahir dari sektor awam dan swasta juga sedang dirancang dan dipertimbangkan dari semua aspek yang relevan.

Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Pusat, Perunding Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Perunding tempatan juga sedang menjalankan kajian seperti analisa risiko, implikasi kewangan jangka panjang dan mendapatkan pendapat serta maklumbalas dari mereka yang berkepentingan (stakeholders), sebagai input kepada satu model pembiayaan dan penyampaian kesihatan yang sesuai bagi Malaysia dalam tahap pembangunan negara masakini dan masa hadapan.

Penelitian rapi yang telah mengambil masa sekian lama akan memastikan tidak timbul nanti jurang dalam rawatan dan akses oleh orang ramai dan seterusnya memastikan pelaksanaan mekanisma pembiayaan kesihatan negara ini memenuhi matlamat yang ditetapkan, antara lain bagi memberikan lebih kesaksamaan dan kebolehsampaian terhadap liputan rawatan kesihatan yang menyeluruh, bermutu tinggi, efisien dan bersepadu dengan matlamat untuk meningkatkan lagi tahap dan kualiti kesihatan rakyat.

Adalah diharapkan bahawa konsep penstrukturan semula sistem penyampaian dan pembiayaan kesihatan akan dipertimbangkan dan diterima dalam tempoh RMK-9 ini dan perancangan terperinci dibuat bagi menyediakan jalankerja untuk dilaksanakan (blueprint for implementation) seterusnya dibuat supaya perlaksanaan secara berperingkat boleh dijalankan dalam tempoh RMK-10 dan RMK-11 kelak.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: