PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 28
DARIPADA : TUAN MOHD. NASIR BIN ZAKARIA (PADANG TERAP )
TARIKH : 10.11.2009
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria ( Padang Terap ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah kriteria yang diperlukan oleh Kerajaan dalam penganugerahan lessen pengendalian takaful.
JAWAPAN : Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, antara kriteria-kriteria yang diperlukan dalam penilaian permohonan lesen pengendali takaful adalah seperti berikut :
(i) Pemohon hendaklah sebuah institusi berwibawa yang dikawal selia atau pemegang saham institusi berwibawa yang dikawal selia; dan
(ii) Pemohon hendaklah mempamerkan, melalui rancangan perniagaan yang menyeluruh, bahawa institusi berlesen baru yang dicadangkan seharusnya mempunyai kepakaran dan sumber yang perlu dan boleh memanfaatkan pasaran kewangan Islam global serta akan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa.
Rancangan perniagaan tersebut harus merangkumi perkara yang memberikan manfaat besar, yang antara lainnya merangkumi :
(i) Bidang perniagaan khusus dengan perincian mengenai cara produk Dan perkhidmatan yang akan ditawarkan clan bagaimana perkhidmatan tersebut akan mempertingkat kedalaman clan keluasan pasaran kewangan dalam negara;
(ii) Iltizam untuk membangunkan kepakaran modal insan dan keperluan infrastruktur untuk operasi yang teguh di Malaysia; dan
(iii) Rancangan mantap mengenai cara untuk memperluas operasi bagi pengembangan serantau dan antarabangsa.
Filed under: ADR Padang Terap, Dewan Rakyat, Soalan Jawab Bertulis |
Tinggalkan Jawapan