MP PAS Kuala Selangor: Langkah-langkah konkrit bagi mengatasi kejatuhan ranking dalam ‘global competitiveness’, ke tangga 24

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 31
DARIPADA : Y.B. DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD
TARIKH : 10 NOVEMBER 2009 (SELASA)

Y.B. DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD (KUALA SELANGOR) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah konkrit bagi mengatasi kejatuhan ranking dalam ‘global competitiveness’, ke tangga 24 yang dianjurkan don dilaporkan oleh ‘World Economic Forum’ (2009) khususnya yang disebabkan oleh masalah ‘Institutional framework’.

JAWAPAN : Tuan Yang Di Pertua,
Izinkan saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad dari Kuala Selangor.
Tuan Yang DI Pertua,

Kedudukan daya saing Malaysia seperti yang dilaporkan dalam Global Competitiveness Report. (GCR) 2009-2010 yang diterbitkan oleh World Economic Forum (WEF) menurun ke tempat ke-24 daripada 133 negara berbanding tahun sebelumnya (GCR 2008-2009: ke-21).

Faktor yang menyumbang kepada penurunan kedudukan ini adalah hasil daripada penilaian yang rendah ke atas kriteria yang diukur di dalam teras Institutional Framework seperti hakcipta, perlindungan harta intelek, perlindungan pemegang saham minoriti, ancaman keganasan, dan jenayah yang dianggap memberi impak yang signifikan terhadap kos menjalankan peniagaan.

Secara keseluruhannya, laporan GCR 2009-2010 menunjukkan Malaysia berjaya mengekalkan kedudukannya di dalam sukuan pertama (first quartile). Dua puluh tiga buah negara yang men si kedudukan Malaysia adalah merupakan negara-negara maju dengan KDNK per kapita yang tinggi seperti Switzerland, Amerika Syarikat, Sweden, Denmark, Finland, Jerman, Jepun, Kanada, Belanda, Hong Kong, Taiwan, United Kingdom, Norway, Australia, Perancis, Austria, Belgium, Korea, Now Zealand, Luxembourg, Qatar dan juga Emiriah Arab Bersatu. Malaysia di tempat ke-24 selepas negara-negara tersebut.

Ingin dimaklumkan sepanjang lima tahun yang lepas. Malaysia telah berjaya mengekalkan kedudukannya di kalangan 25 negara yang paling berdaya saing. Di kalangan negara Asia Pasifik pula, Malaysia berada di kedudukan ke-8 berbanding 22 negara lain mengatasi China, Thailand, India, Indonesia, Fiiipina dan Pakistan.

T uan Yang DI Pertua,
Kerajaan sentiasa memantau prestasi daya saing negara dan mengambil langkah-langkah ke arah mempertingkatkan lagi daya saing dari masa ke masa. Dalam situasi sekarang, kerajaan akan terus menggiatkan usaha ke arah meningkatkan daya saing negara melalui langkah-langkah berikut:

i. Kerajaan akan terus mengadakan inisiatif-inisiatif yang akan membantu serta memblmbing sektor awam dan swasta dalam pelbagai isu bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing melalui agensi-agensi yang berkaitan seperti MPC. Usaha-usaha yang akan dijalankan oleh MPC termasuklah menganjurkan seminar, persldangan dan program-program melalui 12 Panel Perunding bagi memastikan maklumat mengenai daya saing negara dapat disalurkan kepada komuniti perniagaan dan awam khususnya;

ii. Menjalankan usahasama dengan agensi-agensi pusat dan agensi-agensi yang berkaitan untuk mengenengahkan penambahbaikan serta mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada Kerajaan;

iii. Meneruskan penglibatan dengan badan-badan penarafan antarabangsa sepertl Bank Dunia, WEF serta IMD bagl tujuan berkongsi amalan-amalan terbaik daripada negara-negara maju;

iv. Menghasilkan lebih banyak penerbitan seperti buku panduan, newsletters dan bahan rujukan bagi mewujudkan kesedaran dl kalangan masyarakat awam terhadap isu daya saing negara dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan;

v. Kerajaan juga telah meliberalisasikan 27 sub-sektor perkhidmatan dan proses Ilberalisasi tersebut akan diteruskan untuk memastikan Industri Perkhidmatan terus membangun;

vi. Pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) akan memastikan pencapaian enam teras iaitu mengurangkan ienayah, ketelusan perolehan kerajaan, peruntukan yang tinggi untuk Infrastruktur, membasml kemiskinan, memperluaskan pendidikan pra-sekolah dan mempertlngkatkan penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang;

vii, Selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah beberapa langkah telah diambii oleh pihak berkuasa polls di kawasan yang sering berlaku kejadian jenayah bagi memastikan pemantauan anggota polis yang lebih kerap bagi mencegah kes jenayah dan kekejaman. Aktiviti Rukun Tetangga, RakanCop, Pondok Bit (community beat) turut dipergiatkan semula oleh penduduk dan sukarelawan;

viii. Untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan kerajaan, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) akan terus melaksanakan pelbagai pembaharuan dan menyalurkan maklumat mengenai pembaharuan-pembaharuan ini kepada komuniti perniagaan dan awam;

ix. Selain daripada itu, bagi mempergiatkan lagi perlaksanaan e-kerajaan untuk meningkatkan kecekapan, kepantasan, kualiti, keselamatan serta perkhidmatan yang mesra pengguna, projek eKL dilaksanakan. Apabila projek perintis ini dilaksanakan sepenuhnya di Kuala Lumpur pada tahun 2010 ianya akan dijadikan sebagai contoh dan tandaaras bagi negeri-negeri lain; dan

x. Selari dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi, kerajaan memberi penekanan kepada pertumbuhan berasaskan produktiviti clan inovasi sepertimana yang telah dilaksanakan oleh negara-negara Asia berpendapatan tlnggi sepertl Korea Selatan, Hong Kong, Singapura clan Taiwan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: