MP PAS Pendang: Apa tujuan dokumen di OSA kan?

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 35
DARIPADA : Y.B. DR. HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN [Pendang]
TARIKH : 10 NOVEMBER 2009

Y.B. DR. HAJI MOHD HAYATI BIN OTHMAN (PENDANG) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah yang dimaksudkan dan dikategorikan sebagai dokumen OSA dan tujuan ianya dikategorikan di dalam dokumen OSA berkenaan.

JAWAPAN : Tuan yang Dipertua,

Buat pengetahuan Ahli Yang Berhormat, yang dimaksudkan sebagai dokumen Akta Rahsia Rasmi (Official Secret Act (OSA)) ialah dokumen yang menepati tafsiran rahsia rasmi di bawah seksyen 2 Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) iaitu:

“rahsia rasmi” ertinya apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa maklumat dan bahan berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad”, mengikut mana yang berkenaan, oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 2B;

Di samping itu, yang dimaksudkan sebagai Dokumen OSA juga meliputi suratan rasmi bagi apa-apa maksud kepada keselamatan dan kepentingan Malaysia di bawah seksyen 9(2) Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

Tujuan ia dikategorikan di dalam dokumen OSA ialah untuk memelihara rahsia rasmi dan dokumen rasmi yang mempunyai kepentingan keselamatan Negara daripada jatuh ke tangan orang-orang yang tidak dibenarkan dan dikelaskan mengikut peraturan yang terkandung dalam Buku Arahan Keselamatan Kerajaan. la juga bertujuan untuk mencegah kelalaian yang bersalahan, iaitu satu kesalahan jenayah dan juga untuk menghalang apa-apa bantuan haram yang sengaja diberikan kepada pihak lain termasuk agensi Negara asing atau subversif.

Suratan dikategorikan di bawah OSA adalah mengandungi maklumat sensitif dan aksesnya dihadkan kepada orang tertentu bagi mengelakkan daripada terdedah dan boleh membawa implikasi yang amat besar kepada Malaysia, membahayakan keselamatan Negara, memberikan keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing, memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan atau menyebabkan kesusahan kepada pentadbiran.

Sekian. Terima kasih.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: