MP PAS Tumpat: Usaha Wakil Kementerian berfungsi dalam GLC?

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 37
DARIPADA : DATO’ KAMARUDIN BIN JAAFAR (TUMPAT)
TARIKH : 10.11.2009

Dato’ Kamarudin bin Jaafar ( Tumpat ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha-usaha Kerajaan untuk memastikan wakil-wakil Kementerian dalam syarikat-syarikat Kerajaan dapat berfungsi dengan berkesan.

JAWAPAN : Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, di antara usaha Kerajaan bagi memastikan wakil-wakil Kementerian dalam syarikat-syarikat Kerajaan dapat berfungsi dengan berkesan adalah seperti berikut :

Pelantikan seseorang individu sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dalam syarikat-syarikat Kerajaan terutamanya sebagai wakil Kerajaan adalah dibuat berdasarkan kepada merit, pengalaman dan kepakaran khusus individu bagi memastikan ALP tersebut dapat menyumbang kepada hala tuju dan matlamat syarikat berkenaan.

Penglibatan ALP wakil Kementerian dalam menentukan hala tuju pengurusan syarikat tersebut adalah kaedah penting bagi memastikan Kerajaan menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemegang saham yang aktif. Dalam perkara ini, mekanisme sokongan yang sistematik disediakan kepada semua ALP lantikannya melalui dokumentasi maklumat tambahan yang berkaitan serta memberikan perspektif yang lebih baik mengenai syarikat berkenaan. Ini bagi membantu dan memastikan ALP mampu melaksanakan pemantauan ke atas perjalanan syarikat dengan lebih cekap dan berkesan.

Selain dari kursus mandatori yang perlu dihadiri oleh setiap ALP di syarikat tersenarai, pihak Kementerian turut menganjurkan kursus khas untuk ALP wakil Kementerian dalam syarikat Kerajaan secara berkala. Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama agensi luar seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi memastikan ALP sentiasa up to date mengenai keperluan pihak berkuasa serta sentiasa peka mengenai tanggungjawab dan fungsi sebagai ALP syarikat.

Selain daripada itu, susulan kepada Program Transformasi GLC yang dilancarkan pada Mei 2004, buku Hijau telah diterbitkan pada April 2006, yang mana menekankan tentang keberkesanan Lembaga Pengarah dalam syarikat GLC. Di antara perkara yang ditekankan adalah Lembaga Pengarah syarikat perlu membuat penilaian pada setiap akhir tahun mengenai keberkesanan Lembaga Pengarah tersebut dan sekira perlu, membangunkan actionable improvement program. Penilaian tersebut boleh dilakukan sendiri oleh Lembaga Pengarah ataupun dengan melantik pihak luar.

Laporan penilaian tersebut perlu dikemukakan kepada pemegang sahamnya, yang mana akan dilaporkan kepada Putrajaya Committee on GLC of High Performance, badan yang bertanggungjawab menyelia dan memantau Program Transformasi GLC ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: