117 orang Pengarah beragama Islam terlibat dalam syarikat berkaitan Arak

Pertanyaan Jawab Lisan Dijawab Bertulis Bagi Soalan No 38 pada 11 November 2009

Dr. Haji Mohd Hayati bin Othman ( Pendang ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah orang-orang Islam yang terlibat sebagai Pengarah syarikat berkaitan arak clan judi di dalam Negara Malaysia.

Jawapan:
Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 117 orang Pengarah syarikat berkaitan arak yang beragama Islam dan tiada orang-orang Islam yang terlibat sebagai pengarah syarikat judi di negara ini

Projek Keramat Mall menelan belanja sebanyak RM49 juta

Pertanyaan Jawab Lisan dijawab bertulis bagi soalan no 28
YB DR. LO’ LO’ BINTI MOHAMAD GHAZALI [TITIWANGSA] pada 11 November 2009

Dr. Lo’ Lo’ binti Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah kedudukan Keramat Mall yang masih tidak digunakan serta apakah penambahbaikan yang dibuat DBKL untuk memenuhi permintaan peniaga-peniaga bagi disesuaikan dengan keperluan perniagaan mereka dan tempat parkir yang sangat kurang yang boleh menyebabkan kesesakan di jalan-jalan berhampiran dan berapakah kos asal dan kos tambahan.

Jawapan:
Tuan Yang di-Pertua, 
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Titiwangsa, Keramat Mall yang terletak di Kampung Dato’ Keramat adalah sebuah kompleks pasar dan perniagaan moden setinggi 4 tingkat yang mengandungi pasar awam, gerai berkunci, medan selera, dewan keramaian, surau, bank, pejabat pos, tandas dan tempat letak kereta. Kompleks ini telah pun siap dari segi pembinaan fizikalnya.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan agensi di bawahnya yakni Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa memantau perkembangan status pembinaan projek ini bagi memastikan prasarana yang ditawarkan adalah selaras dengan kehendak dan keperluan para peniaga yang bakal berniaga di pasar tersebut. Terletak di atas sebidang tanah seluas 4.7 hektar, projek Keramat Mall menelan belanja sebanyak RM49 juta. 
Teruskan membaca

Orang Islam ditangkap berjudi premis Magnum 4D dan Sport Toto

PERTANYAAN  JAWAB LISAN BAGI SOALAN NO: 27  pada 11 November 2009

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria (Padang Terap) minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah tindakan yang telah diambil terhadap umat Islam yang terlibat di dalam perjudian lumba kuda dari 2004 hingga 2008 di negeri Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur.

Jawapan oleh (Y.B. Senator Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak ada umat Islam yang ditangkap dan disabitkan di atas kesalahan judi lumba kuda pada tahun 2004 hingga tahun 2008. Jenis kesalahan berjudi yang dicatatkan adalah melibatkan orang Islam yang membeli tiket judi atau berada di premis judi seperti di premis judi Magnum 4D dan Sport Toto. 

Di Wilayah Persekutuan, seramai 106 orang Islam ditangkap kerana kesalahan berjudi dari tahun 2004 hingga 2008. Daripada jumlah itu, seramai 20 orang ditangkap pada tahun 2004, 10 orang pada tahun 2005, 52 orang pada tahun 2007 dan 19 orang pada tahun 2008. 

Di Pulau Pinang pula, seramai 142 orang Islam ditangkap kerana kesalahan berjudi pada tahun 2004 hingga 2008. Daripada jumlah itu, seramai 26 orang ditangkap pada tahun 2004, 18 orang pada tahun 2005, 38 orang pada tahun 2007, 60 orang pada tahun 2008, dan tidak ada tangkapan dilakukan pada tahun 2006. 

Manakala di Perak, seramai 638 orang Islam ditangkap kerana kesalahan berjudi pada tahun 2004 hingga 2008. Daripada jumlah itu, seramai 20 orang ditangkap pada tahun 2004, 208 orang pada tahun 2006 dan 410 orang pada tahun 2007 dan tidak ada tangkapan dilakukan pada tahun 2005 dan 2008. 

Sekian, terima kasih. 

Teras KPI KPKT meningkatkan tahap infrastruktur pengurusan sisa pepejal kawasan bandar

PERTANYAAN  JAWAB LISAN BAGI SOALAN NO : 14 
DARIPADA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)
TARIKH : 11 NOVEMBER 2009 ( RABU )

Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah KPI Kementerian di dalam menangani masalah sampah pepejal dan apakah Kementerian bercadang untuk menggubal apa-apa akta baru bagi menangani masalah pelupusan sampah pepejal yang semakin meruncing di kawasan-kawasan bandar.

JAWAPAN : Tuan Yang DiPertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) belum lagi menggariskan Key Performance Indicator (KPI) mengenai pengurusan sisa pepejal.

Namun begitu, salah satu teras KPI KPKT adalah meningkatkan tahap infrastruktur pengurusan sisa pepejal di kawasan bandar.

Selain itu, KPKT melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara telah merangka KPI Strategik bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta menyediakan kemudahan pengurusan sisa pepejal yang mesra alam, berteknologi tinggi, kos efektif dan menambahbaik kemudahan yang sedia ada.

KPI strategik tersebut antara lain meliputi perjanjian konsesi, pelantikan kontraktor dan perunding bagi projek-projek penutupan selamat dan menaik taraf tapak pelupusan, pembinaan tapak pelupasan baru dan penilaian teknologi serta KPI bagi aktivitiaktiviti kesedaran awam dan aduan awam.

Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyediakan KPI yang sesuai bagi mengukur prestasi perkhidmatan syarikat konsesi yang akan dilantik bagi melaksanakan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang telah diwartakan pada 17 Julai 2007 meliputi semua aspek pengurusan sisa pepejal termasuk pelupusan, pemusnahan, penunuan, pelonggokan atau pengkomposan.

Kementerian buat masa ini tidak berhasrat untuk menggubal apa-apa akta baru memandangkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) masih belum dikuatkuasakan.