Projek Keramat Mall menelan belanja sebanyak RM49 juta

Pertanyaan Jawab Lisan dijawab bertulis bagi soalan no 28
YB DR. LO’ LO’ BINTI MOHAMAD GHAZALI [TITIWANGSA] pada 11 November 2009

Dr. Lo’ Lo’ binti Mohamad Ghazali [Titiwangsa] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah kedudukan Keramat Mall yang masih tidak digunakan serta apakah penambahbaikan yang dibuat DBKL untuk memenuhi permintaan peniaga-peniaga bagi disesuaikan dengan keperluan perniagaan mereka dan tempat parkir yang sangat kurang yang boleh menyebabkan kesesakan di jalan-jalan berhampiran dan berapakah kos asal dan kos tambahan.

Jawapan:
Tuan Yang di-Pertua, 
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Titiwangsa, Keramat Mall yang terletak di Kampung Dato’ Keramat adalah sebuah kompleks pasar dan perniagaan moden setinggi 4 tingkat yang mengandungi pasar awam, gerai berkunci, medan selera, dewan keramaian, surau, bank, pejabat pos, tandas dan tempat letak kereta. Kompleks ini telah pun siap dari segi pembinaan fizikalnya.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan agensi di bawahnya yakni Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa memantau perkembangan status pembinaan projek ini bagi memastikan prasarana yang ditawarkan adalah selaras dengan kehendak dan keperluan para peniaga yang bakal berniaga di pasar tersebut. Terletak di atas sebidang tanah seluas 4.7 hektar, projek Keramat Mall menelan belanja sebanyak RM49 juta. 

Saya telah melakukan tinjauan di Keramat Mall pada 21 Mei lalu dan telah diberikan taklimat oleh pihak DBKL dan kontraktor yang terbabit serta mengadakan dialog dengan para peniaga. Lanjutan daripada itu, Kementerian Wilayah Persekutuan telah bersetuju untuk melakukan beberapa penambahbaikan bagi memberikan keselesaan dan kemudahan kepada peniaga dan pengguna pasar tersebut. Kerja-kerja penambahbaikan yang menelan belanja sebanyak RM6 juta itu membabitkan langkahlangkah berikut : 

i) membina ‘ramp’ dari ruang memunggah ke bahagian dalam pasar basah;

ii) menambah keluasan gerai ayam/daging/sayur;

iii) mengurangkan ketinggian dinding pemisah di antara gerai ikan/ayam/daging;

iv) membina dinding kaca di unit-unit tepi;

v) menambah keluasan tempat meletak dapur untuk gerai makan (bagi tujuan memuatkan 2 unit dapur);

vi) mengujudkan ruang pemunggahan kedua;

vii) memecah dinding-dinding di bahagian laluan perkhidmatan (service lane) di pasar awam;

viii) mengubah lokasi peti penyejuk (chiller) daging ke bahagian tepi gerai;

ix) menambah kaunter peragaan (display counter) di gerai daging; dan

x) membina jejambat pejalan kaki dari stesen LRT Damai ke Kompleks Pasar. 

Sukacita dimaklumkan Keramat Mall akan mula beroperasi pada awal Disember 2009 setelah peniaga-peniaga pasar kering berpindah ke kompleks pasar baru itu. 

Tuan Yang di-Pertua, 

Mengenai tempat letak kereta pula, sebanyak 153 petak letak kereta telah dibina di dalam bangunan manakala 60 unit lagi disediakan di luar bangunan Keramat Mall. DBKL sedar masalah kekurangan tempat letak kereta boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku dan telah merancang untuk menambah bilangan tempat letak kereta dengan membina tempat letak kereta bertingkat yang baru. 

Dalam pada itu, hasil perbincangan dengan para peniaga pada bulan Jun 2009, Kementerian Wilayah Persekutuan telah bersetuju untuk membina sebuah blok baru setinggi 5 tingkat bersebelahan Keramat Mall untuk kegunaan peniaga pasar basah. Bangunan tambahan ini, termasuk kos pengambilan tanah, akan menelan belanja RM 15 juta dengan tingkat bawahnya dikhaskan untuk kegunaan pasar basah manakala empat tingkat di bahagian atas adalah untuk tempat letak kereta. Bangunan baru ini dijangka akan siap pembinaannya pada penghujung 2011. 

Tuan Yang di-Pertua, 

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Titiwangsa, Keramat Mall yang terletak di Kampung Dato’ Keramat adalah sebuah kompleks pasar dan perniagaan moden setinggi 4 tingkat yang mengandungi pasar awam, gerai berkunci, medan selera, dewan keramaian, surau, bank, pejabat pos, tandas dan tempat letak kereta. Kompleks ini telah pun siap dari segi pembinaan fizikalnya. Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan agensi di bawahnya yakni Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa memantau perkembangan status pembinaan projek ini bagi memastikan prasarana yang ditawarkan adalah selaras dengan kehendak dan keperluan para peniaga yang bakal berniaga di pasar tersebut. Terletak di atas sebidang tanah seluas 4.7 hektar, projek Keramat Mall menelan belanja sebanyak RM49 juta. 

Saya telah melakukan tinjauan di Keramat Mall pada 21 Mei lalu dan telah diberikan taklimat oleh pihak DBKL dan kontraktor yang terbabit serta mengadakan dialog dengan para peniaga. Lanjutan daripada itu, Kementerian Wilayah Persekutuan telah bersetuju untuk melakukan beberapa penambahbaikan bagi memberikan keselesaan dan kemudahan kepada peniaga dan pengguna pasar tersebut. Kerja-kerja penambahbaikan yang menelan belanja sebanyak RM6 juta itu membabitkan langkahlangkah berikut : 

i) membina ‘ramp’ dari ruang memunggah ke bahagian dalam pasar basah;

ii) menambah keluasan gerai ayam/daging/sayur;

iii) mengurangkan ketinggian dinding pemisah di antara gerai ikan/ayam/daging;

iv) membina dinding kaca di unit-unit tepi;

v) menambah keluasan tempat meletak dapur untuk gerai makan (bagi tujuan memuatkan 2 unit dapur);

vi) mengujudkan ruang pemunggahan kedua;

vii) memecah dinding-dinding di bahagian laluan perkhidmatan (service lane) di pasar awam;

viii) mengubah lokasi peti penyejuk (chiller) daging ke bahagian tepi gerai;

ix) menambah kaunter peragaan (display counter) di gerai daging; dan

x) membina jejambat pejalan kaki dari stesen LRT Damai ke Kompleks Pasar. 

Sukacita dimaklumkan Keramat Mall akan mula beroperasi pada awal Disember 2009 setelah peniaga-peniaga pasar kering berpindah ke kompleks pasar baru itu. 

Tuan Yang di-Pertua, 

Mengenai tempat letak kereta pula, sebanyak 153 petak letak kereta telah dibina di dalam bangunan manakala 60 unit lagi disediakan di luar bangunan Keramat Mall. DBKL sedar masalah kekurangan tempat letak kereta boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku dan telah merancang untuk menambah bilangan tempat letak kereta dengan membina tempat letak kereta bertingkat yang baru. 

Dalam pada itu, hasil perbincangan dengan para peniaga pada bulan Jun 2009, Kementerian Wilayah Persekutuan telah bersetuju untuk membina sebuah blok baru setinggi 5 tingkat bersebelahan Keramat Mall untuk kegunaan peniaga pasar basah. Bangunan tambahan ini, termasuk kos pengambilan tanah, akan menelan belanja RM 15 juta dengan tingkat bawahnya dikhaskan untuk kegunaan pasar basah manakala empat tingkat di bahagian atas adalah untuk tempat letak kereta. Bangunan baru ini dijangka akan siap pembinaannya pada penghujung 2011.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: