Teras KPI KPKT meningkatkan tahap infrastruktur pengurusan sisa pepejal kawasan bandar

PERTANYAAN  JAWAB LISAN BAGI SOALAN NO : 14 
DARIPADA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)
TARIKH : 11 NOVEMBER 2009 ( RABU )

Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah KPI Kementerian di dalam menangani masalah sampah pepejal dan apakah Kementerian bercadang untuk menggubal apa-apa akta baru bagi menangani masalah pelupusan sampah pepejal yang semakin meruncing di kawasan-kawasan bandar.

JAWAPAN : Tuan Yang DiPertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) belum lagi menggariskan Key Performance Indicator (KPI) mengenai pengurusan sisa pepejal.

Namun begitu, salah satu teras KPI KPKT adalah meningkatkan tahap infrastruktur pengurusan sisa pepejal di kawasan bandar.

Selain itu, KPKT melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara telah merangka KPI Strategik bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta menyediakan kemudahan pengurusan sisa pepejal yang mesra alam, berteknologi tinggi, kos efektif dan menambahbaik kemudahan yang sedia ada.

KPI strategik tersebut antara lain meliputi perjanjian konsesi, pelantikan kontraktor dan perunding bagi projek-projek penutupan selamat dan menaik taraf tapak pelupusan, pembinaan tapak pelupasan baru dan penilaian teknologi serta KPI bagi aktivitiaktiviti kesedaran awam dan aduan awam.

Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyediakan KPI yang sesuai bagi mengukur prestasi perkhidmatan syarikat konsesi yang akan dilantik bagi melaksanakan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang telah diwartakan pada 17 Julai 2007 meliputi semua aspek pengurusan sisa pepejal termasuk pelupusan, pemusnahan, penunuan, pelonggokan atau pengkomposan.

Kementerian buat masa ini tidak berhasrat untuk menggubal apa-apa akta baru memandangkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) masih belum dikuatkuasakan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: