Gula naik: Perbezaan harga gula di negara jiran

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 10
DARIPADA : PUAN ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF (RANTAU PANJANG )
TARIKH : 10.11.2009

PUAN ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF ( RANTAU PANJANG ) minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan punca kekurangan gula di pasaran. Nyatakan senarai pengeluaran gula berlesen, jumlah subsidi dan jumlah kes penyeludupan serta penyorokan gula dan apakah langkah yang telah diambil bagi mengatasi kekurangan gula di pasaran.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Kementerian sentiasa memastikan keperluan pengguna mencukupi terutamanya menjelang musim perayaan. Namun begitu, masih terdapat kes kekurangan gula terutamanya di musim perayaan. Antara punca yang telah dikenalpasti adalah:

(i) peningkatan permintaan gula meningkat berbanding bulan-bulan sebelumnya berikutan persediaan menghadapi musim perayaan;

(ii) pembelian secara panik oleh pengguna akibat spekulasi kenaikan harga gula;

(iii) terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan membeli gula dalam kuantiti yang besar melebihi keperluan untuk mengaut keuntungan;

(iv) industri makanan dan minuman membeli dan menyimpan gula yang lebih dari kebiasaan untuk memastikan pengeluaran tidak tergendala;

(v) Harga gula di Malaysia adalah adalah jauh lebih rendah iaitu RM 1.45/kg berbanding harga di negara-negara jiran menyebabkan aktiviti penyeludupan berlaku. Perbezaan harga gula di negara-negara jiran adalah seperti berikut:

Tuan Yang Dipertua,
Pada masa ini hanya terdapat empat (4) pengilang gula di Malaysia iaitu Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR), Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd. (MSM), Gula Padang Terap Berhad (GPT) dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn. Bhd. (KGFP).

Sebelum tahun 2009, subsidi tidak diberikan untuk komoditi gula. Jumlah subsidi gula yang diperuntukkan bagi tahun 2009 adalah sebanyak RM720 juta (RM345 juta melalui kelulusan MOF dan RM375 juta melalui Pakej Ransangan Ekonomi Kedua 2009).

Pembayaran subsidi hanya untuk jualan domestik bagi gula putih bertapis kasar clan halus sahaja. Pemberian subsidi diperuntukkan bagi mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan harga gula mentah dan kemerosotan ekonomi dunia pada tahun 2009. Ini selaras dengan konsep Rakyat didahulukan.

Turut tidak dinafikan berlakunya kegiatan penyeludupan dan penyorokan kerana gula bersubsidi Malaysia yang jauh lebih murah berbanding harga gula di negara-negara jiran. Mulai pada 1 Julai 2009 hingga 19 Oktober 2009 sebanyak 55 kes telah direkodkan atas kesalahan menyorok dan kegiatan penyeludupan gula. Dari jumlah tersebut sebanyak 139.393 m/tan gula disita dengan rampasan bernilai RM 215,093.15

Tuan Yang Dipertua,
Kementerian telah dan terus mengambil langkah bagi mengatasi kekurangan gula di pasaran, antaranya;

a. menempatkan pegawai penguatkuasa di setiap kilang gula di negara ini bagi memantau segala aktiviti di kilang seperti merekod kuantiti yang dihasilkan setiap hari sehingga memeriksa ke mana gula dihantar serta memastikan penghantaran kepada pemborong berjalan lancar clan sampai;

b. menjalankan pengoditan terhadap pemborong gula clan pemeriksaan ke atas peruncit bagi memastikan bekalan mencukupi di samping membantu peruncit mendapatkan bekalan gula daripada pemborong lain;

c. aktiviti penguatkuasaan clan kawalan di sempadan negara diperketatkan bagi melarang eksport gula keluar Malaysia terutama melalui jalan darat;

d. mempergiatkan risikan clan serbuan bagi membanteras aktiviti penyelewengan terutama penyorokan gula;

e. menempatkan pegawai penguatkuasa di pasaraya dan hypermarket bagi memantau dan menyekat pembelian gula oleh pengguna secara berlebihan;

f. membuka bilik gerakan bagi memantau pelaporan bekalan dari pekilang serta berfungsi sebagai saluran aduan dari peniaga clan orang ramai; dan

g. menawarkan ganjaran tidak melebihi RM10,000 kepada pemberi maklumat mengenai kegiatan penyelewengan gula;

Diharapkan dengan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan ini akan dapat membendung penyeludupan serta penyorokan dan seterus akan dapat menjamin bekalan gula sentiasa mencukupi di seluruh negara.

Hampir RM45 juta belanja PDRM sepanjang Pilihanraya Kecil 2009

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 42
DARIPADA : TUAN HAJI TAIB AZAMUDDEN BIN MD TAIB [ BALING ]
TARIKH : 29 OKTOBER 2009

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah perbelanjaan PDRM untuk mengawal keselamatan ketika setiap kali pilihan raya kecil di Permatang Pasir, Penanti, Bukit Selambau, Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang Berlangsung.

JAWAPAN : Tuan Yang Di Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Baling yang mengemukakan pertanyaan.

Jumlah perbelanjaan untuk mengawal keselamatan bagi keenamenam kawasan pilihanraya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah RM44.9 juta.

Pecahan terperinci perbelanjaan mengikut kawasan pilihanraya berkenaan adalah seperti berikut:

Bantuan Input pertanian kepada Pekebun Getah

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 12
DARIPADA : Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]
TARIKH : 29 Oktober 2009 (Khamis)

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah Kementerian dalam mengatasi kekurangan skim bantuan tanaman semula getah untuk menampung kos penyelenggaraan akibat kenaikan harga baja dan racun.

JAWAPAN : Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Y.B. Rantau Panjang, Kementerian menyediakan beberapa jenis bantuan input pertanian sebagai langkah-langkah untuk mengatasi kekurangan peruntukan di bawah skim tanaman semula getah dan kos penyelenggaraan yang meliputi:
• Bantuan anak benih getah bermutu;
• Bantuan baja dan racun rumpai;
• Bantuan alat kutipan hasil dan pelindung hujan;
• Bantuan alatan rangsangan lateks; dan
• Latihan aplikasi teknologi serta amalan agronomi terbaik.

Jumlah keseluruhan bantuan berkenaan adalah sebanyak RM93.38 juta yang diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, Pakej Rangsangan Ekonomi ke-2 dan Sistem Torehan Berintensi Rendah (Low Intensity Tapping System – LITS)

Langkah kerajaan membantu Petani?

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 6
DARIPADA : TUAN HAJI CHE UDA BIN CHE NIK [ SIK]
TARIKH : 29 OKTOBER 2009 (KHAMIS)

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan mengapa Kerajaan sanggup berbelanja ratusan billion ringgit untuk bantu Korporat besar tetapi amat sedikit membantu petani luar bandar yang rugi ribuan ringgit setiap tahun kerana hasil pertanian dan buah-buahan mereka yang tidak dapat dipasarkan dan sampai bila keadaan ini akan dibiarkan berterusan.

JAWAPAN : YB. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Tuan Yang Dipertua,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan FAMA sentiasa berusaha membantu petani supaya hasil pertanian mereka mendapat pasaran yang baik. Diantara langkah-langkah yang dilaksanakan buat masa ini adalah seperti berikut:

i. Mewujudkan keperluan infrastruktur seperti pusat perolehan, bilik sejuk dan pusat jualan untuk dapat melaksanakan pengusaha rangkaian bekalan (supply chain management).

ii. Melaksanakan pemadanan (matching) bekalan dan permintaan dimana satu pasukan tugas di bawah MoA Inc. telah ditubuhkan untuk memastikan setiap keluaran petani dapat dipasarkan dengan harga yang berpatutan.

iii. Melaksanakan aktiviti pengiklanan dan memperkenalkan produk pertanian dan makanan untuk pasaran dalam dan luar negara melalui program penjenamaan (branding) dan product positioning dan sebagainya.

iv. Menjalankan risikan (market intelligement) dengan pasaran mengumpul, memproses, menganalisis dan menterjemahkan data-data maklumat pasaran bagi tujuan membuat keputusan dan juga disebarkan kepada petani-petani bagi memberitahu mereka membuat keputusan yang betul dalam merancang pengeluaran hasil pertanian.

v) Aktiviti jualan terus oleh pengeluar kepada pengguna melalui program Pasar Tani, Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS), Agrobazaar melalui tumpuan bekalan daripada ladang kontrak (contract farming) yang bertujuan melibatkan petani-petani terus dalam aktiviti pemasaran. Melalui perkongsian pintar (strategic alliance) FAMA juga membekalkan sayursayuran ke supermarket, kilang-kilang dan institusi-institusi di seluruh negara.

vi. Menggalakkan petani menjalankan kegiatan memproses hasil pertanian bagi mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian yang mudah rosak dan lambakan hasil pertanian terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran.

vii. Belian buah-buahan yang tidak komersil pada harga yang baik dari pengeluaran sebagai langkah jangka pendek.

viii. Maklumat pasaran bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman petani mengenai pasaran.

ix) Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh FAMA, isu lambakan buah-buahan bermusim pada tahun 2009 tidak begitu ketara. Ini menunjukkan langkah-langkah FAMA menangani lambakan yang telah dilaksanakan telah menunjukkan kejayaan. Sekiranya ada kes-kes terpencil, FAMA akan membantu membeli hasil-hasil pertanian terbabit dengan harga yang berpatutan yang tidak merugikan petani.

Faktor penyumbang kepada kemalangan jalanraya

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 35
DARIPADA : TUAN HAJI NASHARUDIN BIN MAT ISA [BACHOK]
TARIKH : 27 OKTOBER 2009 2066

Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci faktor-faktor penyebab jumlah kematian nahas jalan raya dalam Ops Sikap yang diadakan ketika sambutan Aidilfitri 2009 baru-baru ini.

JAWAPAN : Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bachok yang mengemukakan pertanyaan.

Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, PDRM telah mengenalpasti sebanyak 377 sektor `hot spots’ Ops Sikap di mana kemalangan kerap berlaku. Sebanyak 17,335 kes kemalangan telah direkodkan sepanjang Ops Sikap Ke-20. Jumlah kematian yang dicatat ialah seramai 265 orang. Angka kematian ini didapati meningkat sebanyak 57 kes iaitu kira-kira 27% lebih tinggi berbanding dengan tahun 2008.

Tuan Yang Dipertua,
Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada nahas jalan raya semasa Ops Sikap perayaan Aidilfitri. Antaranya seperti:

i) Peningkatan jumlah kenderaan baru sebanyak 862,136 (4.9%) dari 17,530,988 buah pada kenderaan pada tahun 2008 kepada 18,393,124 buah pada tahun 2009. Pada musim perayaan Aidilfitri tahun 2009 sahaja, lebih 2 juta kenderaan menggunakan jalan-jalan lebuhraya berbanding 1.5 juta kenderaan pada tahun 2008. Angka ini jauh lebih tinggi lagi di jalan-jalan persekutuan dan di jalan-jalan negeri. Pertambahan jumlah kenderaan tersebut adalah tidak seimbang dengan proses pembangunan jalan-jalan bagi tujuan menampung pertambahan tersebut.

ii) Selain itu, sikap pemandu sendiri di jalan raya turut dikenalpasti menjadi penyumbang utama kepada berlakunya kemalangan jalan raya. Antaranya kes-kes seperti:

Kementerian Pelancongan rancang program mengikut keunikan setiap negeri

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 20
DARIPADA : DATO’ HAJI WAN ABD RAHIM BIN WAN ABDULLAH (KOTA BHARU)
TARIKH : 27 OKTOBER 2009

DATO’ HAJI WAN ABD RAHIM BIN WAN ABDULLAH (KOTA BHARU) Meminta MENTERI PELANCONGAN menyatakan: Apakah usaha-usaha yang telah dijalankan untuk menyelaraskan program-program pelancongan antara negeri-negeri.

JAWAPAN : Tuan Yang di-Pertua,

Program pelancongan negeri adalah amat penting dalam mempromosikan pelancongan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Kementerian Pelancongan sentiasa berusaha di dalam menyelaraskan program-program pelancongan antara negeri-negeri supaya program-program tersebut dapat dijalankan mengikut jadual yang tidak bertindih, mengikut tema yang sesuai dan dapat dipromosikan di bawah Kempen Pelancongan “Cuti – Cuti 1 Malaysia” yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia. Sebagai contoh bagi menganjurkan acara yang mempunyai tema yang sama, iaitu Pesta Air Malaysia 2009, Kementerian Pelancongan menyelaraskan supaya acara di Negeri Johor diadakan pada bulan awal April 2009, di Langkawi, Kedah pada pertengahan April 2009, dan di Labuan pada awal bulan Mei 2009. Ini bertujuan supaya pelancong-pelancong yang berminat dengan program ini dapat menghadiri acara-acara tersebut di pelbagai destinasi di seluruh negara dalam waktu yang berbeza.

Begitu juga dengan program Citra Rasa, seperti Pesta Nasi Seratus (Kota Baharu), Pesta Makanan Negeri Melaka, Citra Rasa Kuala Lumpur dan Citra Rasa Miri di adakan di dalam waktu yang tidak bertindih di antara negeri – negeri. Bagi Festival LIMA 2009 (Langkawi) pula, Kementerian Pelancongan menyelaras supaya setiap negeri datang ke Langkawi untuk bersama-sama menjayakan acara ini dengan mempamerkan makanan dan kebudayaan negeri masing-masing.

Program ini dirancang dan diselaras sebegini demi mewujudkan kesedaran antara negeri tentang pentingnya keseragaman dan kualiti program yang ditonjolkan kepada pelancong. Jika penyelarasan seperti ini dapat dilaksanakan, perancangan dan promosi penjualan pakej lebih mudah dilaksanakan oleh agensi pelancongan. Sehubungan dengan itu, bagi tujuan penyelarasan, Kementerian Pelancongan menyediakan “Calender of Event” atau Kalendar Acara Pelancongan yang merangkumi semua acara pelancongan di peringkat negeri yang boleh dipromosikan dengan lebih berkesan.

Tuan Yang di-Pertua,
Usaha menyelaraskan program-program pelancongan antara negeri-negeri turut dilaksanakan melalui 10 ikon di setiap negeri yang mempunyai keunikan tersendiri dan berbeza dengan negeri-negeri yang lain. Antaranya Gunung Ledang di Negeri Johor, Tree Top Walk di Kulim, Kedah dan Taiping Lake Garden di Negeri Perak.

Selain daripada itu, Kementerian Pelancongan Malaysia turut merancang dan melaksana acara-acara di peringkat negeri mengikut keunikan negeri-negeri berkenaan. Acara-acara di peringkat persekutuan juga turut melibatkan penyertaan wakil setiap negeri, selaras dengan usaha mempromosi dan memperkenalkan produk-produk pelancongan sedia ada di negeri-negeri tersebut. Antara acara-acara yang dirancang dan telah dilaksanakan pada tahun 2009 yang turut melibatkan penyertaan wakil-wakil negeri adalah:-

a. Water Festival pada Mac – Mei 2009
b. KL Sunday 1 Malaysia Family Fair mulai 25 Oktober sehingga 27 Disember 2009;
c. Bazar Ramadhan pada 22 Ogos 2009;
d. Jualan Mega (Mega Sale)
e. Fabulous Food Malaysia pada bulan Oktober, November dan Disember 2009;
f. Karnival Pelancongan Pelajar (3P) pada November 2009; dan
g. Tarian Cuti-cuti 1 Malaysia pada 6 Disember 2009.

Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pelancongan Malaysia melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia sentiasa melaksanakan peranan yang strategik dan teratur dalam menyelaraskan semua program-program pelancongan di antara negeri-negeri dari segi:
i) Membantu agensi pelancongan merancang pakej-pakej pelancongan di peringkat negeri
ii) Menyelaraskan aktiviti pemasaran dan promosi produk pelancongan negeri dengan menerbitkan brosur-brosur pelancongan dan ikon negeri
iii) Melaksanakan usaha publisiti untuk merangsang, memaju serta memasarkan produk-produk pelancongan baru dan sedia ada di negeri-negeri
iv) Meningkatkan Kesedaran (Awareness) program-program dan kempen pelancongan di peringkat kebangsaan dan negeri-negeri seperti:
– FAM Trip
– Travel Mart
v) Menyelaraskan (Coordination) program-program dan latihan di peringkat negeri juga turut diterajui oleh Kementerian Pelancongan seperti:

Program Homestay
Kementerian ini juga turut peka dan mengambil inisiatif dalam memajukan dan meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar di dalam industri pelancongan. Usaha ini telah diselaraskan di setiap negeri dan sehingga Ogos 2009, Kementerian Pelancongan Malaysia telah mendaftarkan sejumlah 140 buah homestay di seluruh negara dengan penglibatan 235 buah kampung. Dari jumlah ini, sebanyak 3,279 buah rumah homestay atau pengusaha telah menyertainya dengan menawarkan sebanyak 4,562 buah bilik. Program ini dilaksanakan di seluruh negara dan diselaraskan oleh Kementerian Pelancongan dari segi pendaftaran, latihan dan promosi. Kementerian Pelancongan telah mewujudkan program homestay yang seimbang di setiap negeri bagi mencapai standard kebersihan serta pakej aktiviti yang dapat memenuhi kehendak para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk menjamin pengalaman pelancongan yang tidak dapat dilupakan. Modul latihan Kursus Asas Homestay adalah diwajibkan kepada semua homestay sebagai syarat pendaftaran. Kursuskursus lanjutan dan pembangunan keupayaan kini sedang dilaksanakan secara berfasa di peringkat negeri bagi meningkatkan keupayaan pengusaha homestay supaya menjadi micro entrepreneurs.

Kementerian Pelancongan juga turut menyelaraskan seminar tahunan dan lawatan integrasi di kalangan pengusaha homestay di seluruh negara supaya para pengusaha dapat berkongsi pengalaman serta amalan terbaik (best practices) yang dipraktikkan oleh pengusaha homestay yang berjaya. Seminar dan lawatan integrasi yang terdekat akan dilaksanakan pada 31 Oktober hingga 3 November 2009 di Homestay Lonek, Negeri Sembilan yang akan disertai oleh 90 orang pengusaha homestay di seluruh negara.

Program Homestay Twinning Program juga telah dilaksanakan sebagai langkah untuk meningkatkan kerjasama serta jambatan persahabatan (building bridges) di antara setiap negeri di Malaysia dengan negeri atau kawasan di negara asing yang turut mengusahakan produk homestay. Beberapa memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani di antara pengusaha homestay setiap negeri dengan kawasan-kawasan di Korea dan Jepun bagi meningkatkan kerjasama promosi, penubuhan laman web serta pakej rombongan pelajar.

Projek Railway Tourism juga merupakan program pelancongan yang mempromosikan Homestay Malaysia yang meliputi beberapa buah negeri. Fasa pertama program ini melibatkan laluan yang bermula dari Singapura hingga ke Kelantan yang bertujuan untuk menggalakkan kedatangan pelancong dari Singapura ke homestay-homestay di Johor, Pahang dan Kelantan menerusi laluan kereta api tersebut. Fasa seterusnya akan melibatkan jalinan kereta api di pantai barat Semenanjung Malaysia.
Teruskan membaca

TASK FORCE 2010 bantu Kerajaan Thailand selesai isu Selatan telah dibubar

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 35
DARIPADA : YB TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB (KUBANG KERIAN)
TARIKH : 26 OKT 2009 (ISNIN)

YB TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB (KUBANG KERIAN) Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Task Force 2010 di bawah Kementerian masih relevan dan adakah terdapat cadangan untuk membubarkannya.

JAWAPAN : Tuan Yang di-Pertua,

TASK FORCE 2010 telah ditubuhkan pada Januari 2007 sebagai Agensi Kerajaan Malaysia untuk membantu Kerajaan Thailand dalam usaha membawa keamanan ke Selatan Thailand.

Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, TASK FORCE 2010, telah melaksanakan pelbagai program, aktiviti serta usaha-usaha khusus ke arah memenuhi misi yang dipertanggungjawabkan. Sehingga kini usaha-usaha tersebut telah menampakkan hasil.

Walau bagaimanapun Kerajaan telah membuat keputusan untuk membubarkan TASK FORCE 2010 pada penghujung tahun ini. Peranannya akan diambil alih oleh agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan bagi mempastikan kesinambungan usaha-usaha ke arah keamanan di selatan Thailand

RM 7.6 Bilion tunai dan RM 7.7 bilion Projek kepada Terengganu dalam tempoh 2000-2009

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 25
DARIPADA : TUAN MOHD. ABDUL WAHID BIN ENDUT (KUALA TERENGGANU)
TARIKH : 26.10.2009 dan 17.11.2009.

Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut (Kuala Terengganu) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah perbelanjaan di bawah perunfiukan dana khas dari wang royalti petroleum Terengganu yang digunakan oleh Kementerian-kementerian, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri dari tahun 2000 hingga tahun 2009. Bilakah jumlah kewangan tersebut akan dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu; dan

Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut (Kuala Terengganu) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapakah wang royalti petroleum yang dijanjikan untuk dibayar balik kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh PETRONAS pada bulan September 2008 masih belum dibayar. Sila nyatakan jumlah yang sepatutnya dibayar dari tahun 2000 hingga tahun 2009.

JAWAPAN : Tuan Yang di-Pertua,

Saya mohon untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat yang dijadualkan pada 26.10.2009 bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat pada 17.11.2009 kerana ia menyentuh isu yang sama.

2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak RM16.6 bilion Dana Khas Kerajaan Persekutuan dibayar oleh PETRONAS kepada Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 2000 hingga Oktober 2009. Daripada jumlah ini, RM7.6 bilion telah diberi kepada Kerajaan Negeri Terengganu dalam bentuk tunai dan RM7.7 bilion dalam bentuk projek yang dilaksanakan oleh kementerian clan jabatan kerajaan. Ini bermakna, 92% daripada Dana Khas Kerajaan Persekutuan telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu dalam bentuk tunai dan projek. Sebanyak 8% atau RM 1.3 bilion lagi masih dalam pegangan Kementerian Kewangan dan akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu setelah Perjanjian Penyelesaian antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Terengganu di muktamadkan.

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bayaran ketiga Dana Khas Kerajaan Persekutuan sebanyak RM444.1 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu akan dibuat pada bulan Oktober 2009.

Kementerian tidak bercadang untuk mewujudkan Bank Qardul Hassan

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 19
DARIPADA : TUAN MOHD. NASIR BIN ZAKARIA ( PADANG TERAP )
TARIKH : 26.10.2009

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria ( Padang Terap ) minta MENTERI KEWANGAN ‘ menyatakan apakah Kementerian mempunyai perancangan bagi mewujudkan Bank Qardul Hasan untuk mengembangkan khidmat pembiayaan mikro Islam khususnya bagi membantu peniaga kecil Bumiputera.

JAWAPAN : Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa in! pihak Kementerian tidak bercadang untuk mewujudkan Bank Qardul Hassan yang memfokus kepada pembiayaan mikro Islam. Pembiayaan mikro secara Islam sudah berada di pasaran dan ditawarkan oleh tiga buah bank Islam iaitu CIMB Islamic Bank, Alliance Islamic Bank dan EONCAP Islamic Bank serta tiga buah Institusi Kewangan Pembangunan (1KP) iaitu Agrobank, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Bank Simpanan Nasional. Selain itu, empat buah institusi perbankan konvensional juga menawarkan pembiayaan mikro iaitu AmBank (M) Berhad, Alliance Bank Malaysia Berhad, Public Bank Berhad dan United Overseas Bank (Malaysia) Berhad.

Pada akhir Ogos 2009, lebih daripada 54,000 peminjam telah mendapat manfaat daripada pembiayaan mikro dengan jumlah pembiayaan terkumpul sebanyak RM587.5 juta. Daripada jumlah IN, 80% adalah pembiayaan secara Islam. Selain Skim Pembiayaan Mikro yang ditawarkan oleh sepuluh buah institusi kewangan, Kerajaan juga telah menubuhkan agensi-agensi Kerajaan untuk mengendalikan mikro kredit seperti Amanah lkhtiar Malaysia (AIM) dan TEKUN Nasional.

Agensi-agensi kerajaan ini merupakan institusi kewangan khas pembiayaan mikro yang berfungsi untuk melengkapi institusi-institusi kewangan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah akan terus mendapat pembiayaan yang sewajarnya dalam rnengembangkan perniagaan yang mereka ceburi.

Taraf gred perjawatan sentiasa dikaji

PERTANYAAN JAWAB LISAN DIJAWAB BERTULIS BAGI SOALAN NO : 10
DARIPADA : Y.B. DR. MUJAHID BIN HAJI YUSOF RAWA (PARIT BUNTAR)
TARIKH : 26.10.2009

Y.B. DR. MUJAHID BIN HAJI YUSOF RAWA [ PARIT BUNTAR ] minta Menteri Pelajaran menyatakan bidang tugas perkeranian yang dijalankan oleh guru kelas atau guru tingkatan, adakah Kementerian bercadang mewujudkan jawatan kerani bagi menjalankan tugas perkeranian guru kelas bagi meringankan bebanan tugas guru.

JAWAPAN : Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pewujudan gred-gred perjawatan dalam organisasi adalah berdasarkan kepada justifikasi beban tugas, kompleksiti serta kuasa dan kawalan (power and control) dalam bidang kerja serta pengkhususan masing-masing. Oleh itu gred-gred perjawatan yang diwujudkan adalah sama dan bergantung kepada faktor-faktor bebanan yang digunapakai oleh semua Agensi Kerajaan termasuklah di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kelulusan sesuatu gred jawatan adalah dalam bidang kuasa Agensi Pusat selepas kajian yang teliti dibuat. Justeru, kenaikan taraf gred perjawatan sentiasa dikaji dari semasa ke semasa supaya sepadan dengan beban tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Terdapat pelbagai langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan beban tugas guru. Di antaranya ialah Kerajaan telah meluluskan perubahan norma perjawatan guru KBSR di sekolah rendah dan guru KBSM di sekolah menengah dari 1.5n kepada 1.7n secara berperingkat mulai tahun 2006 hingga tahun 2012. Perubahan norma perjawatan guru ini telah melibatkan pertambahan jawatan sebanyak 9,503 jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 sejak 2006 hingga 2008.

Di samping itu, Kerajaan juga telah meluluskan beberapa jawatan bukan guru di sekolah untuk membantu guru dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran clan proses pengajaran serta pembelajaran di sekolah. Untuk makluman, pada 1 Januari 2009, penambahan sebanyak 6,898 jawatan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) seperti Pembantu Tadbir (perkeranian), Pembantu Tadbir Rendah clan Pembantu Am Rendah telah diluluskan oleh Agensi Pusat bagi membantu tugas-tugas pentadbiran di samping mengurangkan beban tugas perkeranian yang dijalankan oleh guru kelas atau guru tingkatan. Selain itu juga, beberapa jawatan lain seperti Pembantu Pengurusan Murid, Pembantu Makmal dan Juruteknik Komputer telah ditambah baik bagi membantu guru-guru di sekolah.