Najib puji diri sendiri (1)

Sesi Perabhasan Titah Diraja, 17 Mac 2010

– Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim [ PKR Permatang Pauh ] membahaskan Titah Diraja pada 17 Mac 2010.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Datuk Seri Najib Razak kerana memuatkan pujian kepada diri sendiri dalam teks titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan sidang parlimen dua hari lalu.

“Jarang berlaku dalam ucapan titah Yang Di Pertuan Agong, perdana menteri secara peribadi memuji dirinya sendiri,” sindir Anwar tengah hari tadi sambil disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di dewan Rakyat. Baca lanjut di sini

Bila Kerajaan boleh menyelesaikan masalah SAR

Sesi pertanyaan jawab lisan, 17 Mac 2010

Soalan tambahan MP PAS Kota Raja kepada soalan asal 7. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah Kementerian sedar bahawa di Sabah, kalau tidak di seluruh negara, ada terdapat banyak Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang kewujudannya adalah atas ehsan orang ramai dan tidak sempurna seperti yang sepatutnya; dan
(b) jika sedar, apakah Kementerian mempunyai perancangan untuk menyelaraskan pentadbiran semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) ini agar menjadi setaraf dengan sekolahsekolah lain.[ 17 Mac 2010 ]

Sinar Gamma beri sumbangan kepada Bioteknologi?

Sesi pertanyaan jawab lisan, 17 Mac 2010

– Soalan 6. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan kemampuan dan kejayaan kemudahan Penyiaran (Irradiation facilities) Gama dan Elektron di Nuklear Malaysia dalam membantu meningkatkan kualiti produk getah, bahan polimer, peralatan perubatan dan industri makanan [ 17 Mac 2010 ]

Kos Penyelenggaraan Kapal Selam RM270 juta – RM600 juta

Sesi pertanyaan jawab lisan, 17 Mac 2010

Menteri Pertahanan: Kos Penyenggaraan Kapal selam RM270 juta – Soalan 2. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan alasan KD Tunku Abdul Rahman, yang pertama dan satu-satunya kapal selam di Malaysia tidak boleh menyelam di bawah air dan kos pembaikan dan mengapa kurang upaya ini tidak ditemui sebelum Malaysia menerima penghantaran kapal selam tersebut. [ 17 Mac 2010 ]

Menurut Menteri Pertahanan kos untuk penyenggaraan Kapal Selam Scorpene KD Tunku Abdul Rahman dianggarkan sebanyak RM270juta, tetapi pengumuman yang dibuat oleh Syarikat Boulstead di Bursa KL diletakkan kos penyenggaraan sebanyak RM600juta. Bila diajukan oleh MP Selayang kepada Menteri Pertahanan beliau mengatakan itu adalah harga kos syiling.

Perancangan 80% Kementerian tidak capai

Sesi pertanyaan jawab lisan, 17 Mac 2010

– Soalan tambahan MP PKR Machang kepada soalan asal 3. Dato’ Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) usaha dan perancangan Kementerian bagi memastikan Malaysia tidak terus mengimport makanan daripada negara luar; dan
(b) kawasan Parlimen Lenggong sesuai dibangunkan dengan Projek Lenggong AGROValley. Bagaimana Kementerian boleh membantu menjayakan projek ini.[ 17 Mac 2010 ]

Model Ekonomi Baru tidak berteraskan Kaum

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 17 Mac 2010

– Soalan tambahan MP PAS Pokok Sena kepada soalan asal 1. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada undang-undang mengenai syarat kelayakan/kriteria pengiktirafan sebagai bumiputera di Malaysia perlu diselaraskan misalnya dengan kriteria yang diterima pakai di Sarawak. [ 17 Mac 2010 ]

Usul bincang Ketua Polis Negara ditolak, MP Pakatan Keluar Dewan

Usul-Usul Dewan Rakyat 16 Mac 2010

Cadangan usul membincangkan/ membahaskan tindakan Ketua Polis Negara yang dikemukakan MP PAS Tumpat ditolak oleh Speaker

– Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan:-
“ Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu. “ [ 16 Mac 2010 ]

Mohon Penjelasan Model Ekonomi Baru

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 16 Mac 2010

– Soalan tambahan MP PAS Kuala Selangor kepada soalan asal 7. Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pinjaman perniagaan dan persendirian (business and personal loans) oleh bank-bank dan institusi-institusi kewangan yang lain dalam tempoh RMK-9 mengikut pecahan kaum dan jenis perniagaan. [ 16 Mac 2010 ]

Konspirasi kehilangan Enjin Jet ?

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 16 Mac 2010

– Soalan 6. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan hasil siasatan dalaman, SPRM dan polis ke atas kehilangan 2 enjin jet pejuang yang kemudiannya dikesan di Uruguay. Apakah kesan ke atas keselamatan alat kelengkapan tentera apabila satu lagi skandal kapal selam dibeli tidak boleh menyelam. Nyatakan kos pembelian dan kehilangan wang atas kedua-dua alat kelengkapan yang cacat ini. [ 16 Mac 2010 ]

Isu jurang pencapaian sekolah bandar/ luarbandar

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 16 Mac 2010

4. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan sekolah dalam kategori-kategori seperti ‘smart school’, sekolah kluster, sekolah premier, sekolah kawalan dan sekolah berprestasi tinggi dan apa lagi klasifikasi sekolah yang akan dilaksanakan oleh Kementerian pada masa akan datang. [ 16 Mac 2010 ]