Nilai Pelaburan Asing terus merosot – Ketua Pembangkang

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 16 Mac 2010

Soalan 2. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sejak liberalisasi beberapa perkhidmatan diumumkan Kerajaan tahun lepas, mengapa nilai pelaburan asing masih terus merosot berbanding beberapa negara jiran serta nyatakan faktor-faktor kemerosotan tersebut dan impaknya kepada ekonomi negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa krisis keyakinan terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi punca merosotnya jumlah pelabur asing yang ingin melabur di Malaysia.

Anwar sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam berkata, Pakatan Rakyat mengakui namun apa yang dipersoalkan adalah mengapa Malaysia masih gagal menarik lebih ramai pelabur asing untuk membuat pelaburan di negara ini.

“Yang membimbangkan bukan soal merosotnya pelaburan asing tetapi hilangnya daya tarikan Malaysia sebagai negara yang dapat menarik pemodal dan pelaburan.

“Jawapan kita menerima pelabur itu tidak pernah dipertikaikan. Isu pokoknya ialah mengapa Malaysia dengan semua slogan baru dan gagasan baru masih terkebelakang berbanding dengan negara yang dulunya pernah jauh ketinggalan dengan Malaysia. Ia menunjukkan pelabur hilang keyakinan pada isu pemerintahan di negara kita, dengan masalah-masalah yangmelanda pentadbiran Kerajaan,” katanya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, kedudukan Malaysia dalam menarik pelabur merosot ke tangga 62 berbanding dengan tangga enam pada tahun 1995.

“Dari segi angka yang disebut Yang Berhormat Menteri, di Asia Tenggara Malaysia 22.1 bilion pelaburan asing dan Singapura 75.7 bilion, Thailand 32.67, Vietnam 27, Indonesia 27.

“Yang membimbangkan bukan soal merosotnya pelaburan asing tetapi hilangnya daya tarikan Malaysia sebagai negara yang dapat menarik pemodal dan pelaburan asing.

“Kita lihat Intra Asia, kita kalah pada Indonesia 27.6 peratus, Thailand 22.8 peratus, Vietnam 26.2 peratus, Malaysia 15 peratus,” katanya.

Mustapa dalam jawapannya bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan mengatakan angka-angka yang dikemukakan Anwar itu sebagai tidak betul dan cuba memalsukan fakta sebenar.

Sebelum itu, Anwar meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed menyatakan sejak liberalisasi beberapa perkhidmatan diumumkan Kerajaan tahun lepas, mengapa nilai pelaburan asing masih terus merosot berbanding beberapa negara jiran.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: