Jangan ada agenda politik dalam memajukan Fancais …

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, 18 Mac 2010

Sampai bila rakyat Padang Terap tanggung susah – Soalan tambahan MP PAS Padang Terap kepada soalan asal 2. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini pembinaan jambatan-jambatan yang berjumlah 8 buah daripada Pokok Sena-Nami. Bilakah ia akan disiapkan dan berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan.

Kementerian perlu kempen serius menentang AIDS – Soalan tambahan MP PKR Sungai Petani kepada soalan asal 4. Dato’ Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan memandangkan World Health Organisation (WHO)melaporkan pada Disember 2009 terdapat 80,000 orang menghidapi virus HIV di Malaysia
(a) apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan bagi memerangi wabak ini; dan
(b) sila berikan statistik pesakit mengikut negeri dan etnik.

Jangan ada agenda politik dalam memajukan Fancais Bumiputera – Soalan tambahan MP PAS Kubang Kerian kepada soalan asal 7. Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan usaha yang diambil oleh Kementerian bagi mewujudkan usahawan francais Bumiputera yang lebih ramai dan mampu bertahan di samping berkembang ke peringkat global.

Kewajaran menangguhkan peruntukan bekalan Air Selangor – Soalan tambahan MP PAS Bachok kepada soalan asal 9. Tuan Masir Anak Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan bilakah Loji Pembekal Air dinaik taraf untuk menambah kapasiti pembekalan air di Sri Aman.

MP PAS Parit Buntar cabar Zahrain letak Jawatan

Perbahasan Titah Diraja oleh MP lompat Bayan Baru pada 18 Mac 2010

MP PAS Parit Buntar cabar Zahrain letak Jawatan – Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS Parit Buntar) yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bayan Baru mencabar MP lompat Bayan Baru Dato’ Seri Zahrain meletak jawatan dan bertanding atas nama dirinya.

Bekas Panglima ATM nafi ucapan Zahrain

MP PKR Padang Serai, N Gobalakrishnan lawan ucapan Zahrain

MP PKR Batu, Tian Chua turut lawan ucapan Zahrain