YB Bayan Baru banyak berbohong

Sesi Pertanyaan jawab Lisan 18 Mac 2010

Dato’ Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat bersetuju sebagaimana yang disarankan oleh Yang Berhormat Maran tadi bahawa jika ada kebenaran, ia mestilah kita setuju, dan jika ada pembohongan mestilah kita bantah. Seperti juga Yang Berhormat Bayan Baru yang banyak berbohong semalam yang memberikan hak kepada kita untuk membantah. [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Suruhanjaya Multimedia ini perlu mengawasi bloggers dan juga media-media. Malangnya Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, saya melayani Blackberry yang diberikan dalam skim di bawah BERNAMA.

Pada hari Isnin yang lalu berita BERNAMA yang saya terima berkenaan dengan tajuknya, “Agong Rasmi Penggal Ketiga Parlimen Kedua Belas”. Menyebut sini bahawa, “..disusuli dengan kibaran bendera, selepas Negaraku, Yang di-Pertuan Agong kemudiannya memeriksa kawalan kehormat yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu, Kem Sungai Besi selepas memeriksa perbarisan…” dan seterusnya.

Ini yang mana Tuan Yang di-Pertua, adalah perkara yang betul-betul tidak betul dan tembakan meriam 13 das. Walhal kalau ditengok buku rasmi pun 21 das jadi nampaknya taraf media kita Tuan Yang di-Pertua, adalah amat rendah sekali. Malah
saya ingin menyeru dan menanya pada Yang Berhormat Menteri. Bahawa kawalan kita itu bukan hanya terhadap bloggers tetapi semua saluran media termasuklah di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih pada Yang Berhormat Tumpat. Oleh kerana itu bukan soalan, maka kami akan susul perkara tersebut.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim] menjawab soalan asal No. 1. Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan berapakah jumlah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan terhadap “bloggers” yang sering menyebarkan isu-isu yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara dan apakah tindakan berterusan kerajaan dalam menangani masalah ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: