Siapa pengkhianat ? (2)

Sesi Perbahasan Titah Diraja 22 Mac 2010

MP PAS Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membahaskan Titah Diraja pada 22 Mac 2010

Siapa Pengkhianat ? (1)

Sesi Perbahasan Titah Diraja, 22 Mac 2010

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membahaskan Titah Diraja pada 22 Mac 2010

Isu Royalti: Menteri Di JPM mengelirukan Dewan – MP PKR Machang

Sesi Perbahasan Usul 22 Mac 2010

MP PKR Machang guna PM 37 (1) dan 36 (12) mohon hadap Menteri Di JPM (BN Padang Rengas) kepada JK Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat kerana mengelirukan Dewan Rakyat mengenai isu Royalti [22 Mac 2010 ]

TH tanggung kos ALP dan Pasangan kerja Haji

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 22 Mac 2010

Soalan 6

Berapa kos TH tanggung Anggota Lembaga TH kerja Haji – Soalan tambahan 6. Dr. Lo’ Lo’ binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang individu atau kumpulan RA yang pergi menunaikan haji secara ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji sedangkan mereka ini adalah dari kalangan penyokong parti politik. [22 Mac 2010]

Soalan 7

Felcra – Soalan tambahan MP PAS Bachok kepada soalan asal 7. Datuk Azalina binti Dato’ Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan mengenai FELCRA berkenaan pengagihan pendapatan yang tidak setimpal dengan keluasan kebun peserta. Sebagai contoh, kebun peserta FELCRA di Sungai Raya telah diusahakan selama hampir 20 tahun namun sehingga kini masih lagi belum menerima agihan bulanan atas alasan mereka masih menanggung hutang dan belum boleh menerima dividen bulanan. [ 22 Mac 2010 ]

Soalan No. 9

Kebajikan Kesihatan: Kementerian mana bertanggungjawab – Soalan tambahan MP PAS Pendang kepada soalan asal 9. Dato’ Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian bercadang meletakkan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat di setiap hospital di seluruh negara bagi membantu pesakit-pesakit yang menghadapi masalah kewangan dan jika ya, sejauh manakah ia mahu dilaksanakan. [ 22 Mac 2010 ]

Soalan No. 10

Bila rangkaian Keretapi ke Terengganu disediakan – 10. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk mengadakan rangkaian perkhidmatan keretapi sehingga ke Negeri Terengganu pada masa akan datang sebagai tambahan kepada kemudahan perhubungan dan pengangkutan yang telah sedia ada bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan menambahbaikan sistem pengangkutan di negeri ini. [ 22 Mac 2010 ]