TH tanggung kos ALP dan Pasangan kerja Haji

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 22 Mac 2010

Soalan 6

Berapa kos TH tanggung Anggota Lembaga TH kerja Haji – Soalan tambahan 6. Dr. Lo’ Lo’ binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang individu atau kumpulan RA yang pergi menunaikan haji secara ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji sedangkan mereka ini adalah dari kalangan penyokong parti politik. [22 Mac 2010]

Soalan 7

Felcra – Soalan tambahan MP PAS Bachok kepada soalan asal 7. Datuk Azalina binti Dato’ Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan mengenai FELCRA berkenaan pengagihan pendapatan yang tidak setimpal dengan keluasan kebun peserta. Sebagai contoh, kebun peserta FELCRA di Sungai Raya telah diusahakan selama hampir 20 tahun namun sehingga kini masih lagi belum menerima agihan bulanan atas alasan mereka masih menanggung hutang dan belum boleh menerima dividen bulanan. [ 22 Mac 2010 ]

Soalan No. 9

Kebajikan Kesihatan: Kementerian mana bertanggungjawab – Soalan tambahan MP PAS Pendang kepada soalan asal 9. Dato’ Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian bercadang meletakkan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat di setiap hospital di seluruh negara bagi membantu pesakit-pesakit yang menghadapi masalah kewangan dan jika ya, sejauh manakah ia mahu dilaksanakan. [ 22 Mac 2010 ]

Soalan No. 10

Bila rangkaian Keretapi ke Terengganu disediakan – 10. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk mengadakan rangkaian perkhidmatan keretapi sehingga ke Negeri Terengganu pada masa akan datang sebagai tambahan kepada kemudahan perhubungan dan pengangkutan yang telah sedia ada bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan menambahbaikan sistem pengangkutan di negeri ini. [ 22 Mac 2010 ]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: