MP Pakatan Rakyat persoal projek Koridor, Penyusunan Agensi

Sesi Pertanyaan Jawab Lisan 25 Mac 2010

Soalan 3

MP PKR Machang persoal Projek Koridor – Soalan tambahan MP PKR Machang kepada soalan asal 3. Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad [ Kangar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jenis projek yang dirancang untuk negeri Perlis di bawah NCR yang telah berjaya dilaksanakan semenjak tahun pelancarannya dan apakah jenis projek yang akan dilaksanakan untuk negeri Perlis bagi tahun 2010 ini. [25 Mac 2010]

Soalan 4

MP PAS Pokok Sena persoal Penyusunan Agensi – 4. Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah pihak Kerajaan telah mengenal pasti rungutan usahawan mengenai kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh mereka berikutan penstrukturan semula agensi-agensi yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan bagi menangani permasalahan ini. [25 Mac 2010]

Soalan 5

MP PAS Bachok persoal hutang tertangguh – Soalan tambahan MP PAS Bachok kepada soalan asal 5. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah hutang yang dikategorikan sebagai ‘yang tertangguh’ dari semua pemegang kad kredit di seluruh negara pada hari ini. [25 Mac 2010]

Soalan 7

MP PAS Pokok Sena persoal Program MAHA – Soalan tambahan MP PAS Pokok Sena kepada soalan asal 7. Dato’ Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bilangan Program MAHA yang telah dilaksanakan pada tahun 2009 dan yang akan dilaksanakan di seluruh negara tahun ini. Nyatakan perancangan Kementerian dalam membantu petani dan penternak serta IKS berasaskan pertanian memasarkan hasil produk mereka. [25 Mac 2010]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: