Usul Bincang Campurtangan pihak Ketiga dalam PDRM ditolak

Sesi Perbahasan Usul 18 (1)

MP PAS Titiwangsa kemuka Usul Bincang Campurtangan pihak Ke3 dalam PDRM – Usul 18 (1) dibawa MP PAS Titiwangsa bagi membincangkan Campurtangan Pihak Ketiga dalam PDRM. Bagaimanapun Usul ditolak Speaker dengan alasan YB boleh berucap dalam Perbahasan Titah. [25Mac 2010]

10 Mac 2010
Teks penuh Usul menangguhkan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat Perkara 18(1)
Bahawa saya, Dr. Lo’lo Binti Hj. Mohd. Ghazali, Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Titiwangsa mohon mencadangkan bahawa Majlis ini hendaklah ditangguhkan mengikut Perkara 18(1), Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membolehkan Dewan yang mulia ini berunding isu kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa ada campur-tangan orang ketiga dalam urusan Polis DiRaja Malaysia.

Isu ini adalah perkara tertentu kerana Ketua Polis Negara sendiri telah membuat kenyataan bahawa ada tekanan daripada pihak ketiga kepada Polis DiRaja Malaysia yang mengarahkan pihak Polis DiRaja Malaysia melakukan sesuatu yang di luar pengetahuan dan keizinan Ketua Polis Negara sendiri.

Perkara ini adalah melibatkan kepentingan ramai malah melibatkan keselamatan negara. Keselamatan negara dan rakyat terletak di bawah kawalan Polis DiRaja Malaysia. Kenyataan Ketua Polis Negara bahawa terdapat pihak ketiga yang memberikan arahan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia adalah amat serius dan jelas menunjukkan bahawa tahap keselamatan negara berada dalam keadaan tidak terkawal. Kenyataan tersebut memberi gambaran bahawa pihak Polis DiRaja Malaysia boleh diperkotak-katikkan dalam mengambil tindakan selaras dengan hasrat pihak ketiga. Bagaimana rakyat akan merasa selamat berada di dalam negara di mana pihak yang menjaga keselamatan mereka iaitu Polis Diraja Malaysia boleh diarahkan oleh pihak ketiga yang tidak diketahui asal-usul dan tidak diketahui kepentingan mereka.

Pihak ketiga yang dimaksudkan oleh Ketua Polis Negara tersebut juga tidak diketahui dengan jelas dan boleh menyebabkan spekulasi di kalangan rakyat mengenai status pihak ketiga tersebut. Siapa pihak ketiga itu, adakah mereka orang politik parti pemerintah? Adakah mereka ini kumpulan yang terlibat dengan kongsi gelap atau kumpulan jenayah? Siapa mereka?

Perkara ini perlu disegerakan kerana ini melibatkan keselamatan negara dan keselamatan rakyat. Perkara ini juga boleh menyebabkan keadaan keselamatan negara tidak stabil dan dipenuhi dengan spekulasi. Adakah Polis DiRaja Malaysia boleh dipercayai? Adakah Ketua Polis Negara juga boleh dipercayai kerana walaupun beliau dilihat berkuasa memberikan arahan mengikut Akta Polis 1957 tetapi masih ada pihak ketiga yang boleh melangkaui kuasa beliau dalam memberikan arahan?

Kita juga maklum melalui kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara bahawa sekarang terdapat juga balai-balai polis di dalam negara ini yang enggan menerima laporan polis daripada rakyat yang ingin mengadu. Adakah ini juga akibat arahan daripada pihak ketiga seperti yang disebutkan oleh Ketua Polis Negara.?

Oleh kerana itu, suatu siasatan perlu dibuat terhadap kenyataan yang amat serius ini. Maka, saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, perlu disegerakan dan berkepentingan orang ramai.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: