Dewan Rakyat: Pertanyaan MP Pakatan Rakyat pada 6 Julai 2010 (1)

Dewan Rakyat 6 Julai 2010 – Sesi Pertanyaan Jawab lisan

Soalan – No.12.- MP PKR Petaling Jaya Selatan,

YB. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :
(a) bilakah Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan menerima pembelian AirBus A380 yang pertama, di mana penyerahan sepatutnya pada tahun 2009 dan apakah pampasannya dengan kelewatan ini; dan
(b) berapakah harga pengubahsuaian pembinaan terminal baru di KLIA untuk menampung pesawat AirBus ini termasuk landasannya untuk membolehkannya mendarat dan adakah ia telah digunakan sepenuhnya

Soalan Tambahan – MP DAP Bukit Mertajam kepada Menteri Pengajian Tinggi

Soalan – No.10.- MP PAS Sik,

YB Tuan Haji Che Uda bin Che Nik minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan bilangan peserta (Pemilik Tanah) yang telah menarik diri dari menyertai program RISDA di bawah projek TSB, TSK dan Mini Estet bagi kawasan Parlimen Sik hingga 31 Mac 2010 dan beri sebab utama mengapa mereka ini berbuat demikian.

Soalan – No.6.- MP DAP Cheras,

YB. Tuan Tan Kok Wai minta PERDANA MENTERI menyatakan kadar kekayaan yang dimiliki oleh 10 peratus teratas dan 10 peratus terendah rakyat Malaysia bagi tempoh 3 dekad meliputi tahun-tahun 1981-1990, 1991-2000, dan 2001-2010 dan apakah strategi yang digunakan bagi menyama ratakan agihan kekayaan negara di kalangan rakyat

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: