Pembelian Gerabak KTMB: SPRM diminta siasat

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah memaklumkan kepadanya bahawa PAC telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat laporan pembelian tren elektrik oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menurutnya, beliau telah dimaklumkan oleh Pengerusi PAC Datuk Azmi Khalid melalui sepucuk surat bertarikh 29 Julai lalu yang dihantar kepadanya.

“Setelah meneliti laporan tersebut, PAC mendapati ia wajar disiasat oleh SPRM kerana kerajaan akan mengalami bayaran perolehan lebih tinggi dari harga asal lebih kurang RM500 juta,” katanya.

Sebelum ini, kata Dr Dzulkefly, beliau menyerahkan laporan mendakwa kerajaan akan mengalami kerugian RM500 juta berikutan keputusan membeli 38 unit tren elektrik (EMU) enam gerabak secara runding terus dari sebuah syarikat China dengan harga RM1.824 bilion.

Dalam laporan itu, beliau yang juga ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendakwa bahawa harga tersebut lebih mahal daripada harga tender asal.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, Azmi menghantar surat tersebut kepadanya dua hari selepas PAC bermesyuarat membincangkan perkara itu pada 27 Julai lalu.

Setelah meneliti laporan tersebut, PAC mendapati ianya perlu disiasat oleh SPRM, katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu.

Dr Dzulkefly berkata, beliau akan “menyusuli tekanan” terhadap SPRM demi menjaga kepentingan rakyat dan pembayar cukai. – Sumber Malaysiakini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: