Kes orang hilang memalukan

Sidang media Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar pada 11 Oktober 2010 jawapan Menteri Dalam Negeri mengenai maklumat laporan orang hilang.

4. Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tarikh/jenis laporan-laporan polis yang dibuat terhadap adik-beradik peguam yang disyaki terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai Dato’ Sosilawati di Banting, serta tindakan terkini terhadap laporan-laporan polis berkenaan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa statistik yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa kira-kira 21,000 kes dapat diselesaikan daripada 35,000 lebih kes orang hilang suatu yang memalukan, bukan membanggakan.

Khalid mendakwa demikian sebagai respons kepada jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di dalam dewan bahawa pihak polis telah menjalankan tugas mereka dengan cemerlang.

“Cara beliau memberikan jawapan dalam dewan tadi seolah-olah beliau bangga dengan pencapaian ini Ini bukan tahap pencapaian yang kita seharusnya rasa bangga.

“Kemungkinan daripada 21,000 kes yang selesai itu, bukan semuanya diselesaikan oleh pihak polis sebaliknya orang yang hilang itu sendiri yang kembali selepas tiga hari. Tapi polis mengaku mereka yang selesaikan,” kata beliau dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Khalid juga berkata, beliau bimbang sekiranya pencapaian sedemikian menjadi kebanggaan KDN, prestasi pihak polis akan terus merosot.

“Kita khuatir kalau inilah tahap pencapaian yang dibanggakan oleh pihak KDN, da merupakan satu KPI yang boleh diisytiharkan dengan penuh bangga dalam Parlimen, kita khuatir prestasi polis akan semakin merosot kerana tidak ada satu standard atau tahap pencapaian yang lebih tinggi ditetapkan,” katanya.

Menurutnya juga, jawapan Hishammuddin itu menunjukkan sikap acuh tidak acuh kerajaan Barisan Nasional.

“Ini menunjukkan sikap acuh tak acuh kerajaan BN dalam semua kes termasuk kes orang hilang rasuah, jenayah dan lain-lain lagi,” katanya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan terus membangkitkan isu itu di Parlimen selain mendesak satu siasatan awam diadakan bagi mencari penyelesaian kepada kes jenayah terutamanya dalam kes orang hilang ini.

“Ahli parlimen Pakatan Rakyat akan menjadikan ini satu isu yang akan terus dibangkitkan dan kita akan mendesak diadakan satu siasatan awam, kajian atau jawatankuasa khas untuk mencari punca sebenar kenapa begitu besar rakyat Malaysia hilang,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: