MP Pakatan Rakyat minta Pengswastaan Kem Tentera ditarik balik

Sidang media Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua dan Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato’ Mahfuz Omar pada 12 Oktober mengenai Pengswastaan Kem Sg Besi.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media menggesa agar Menteri Pertahanan berkaitan membentangkan satu kertas putih di Parlimen.

Katanya, ia bagi melihat berhubung aspek keselamatan dan juga kos syarikat yang diperolehi daripada pembinaan kem baru tersebut.

“Kerajaan secara telus perlu melihat bahawa pembentangan kertas putih ini sangat berkepentingan,” katanya
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendesak Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri menarik balik projek penswastaan Kem Kantomen di Jalan Ipoh dan Kem Sungai Besi demi keselamatan negara.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen semalam, Tian mendakwa Menteri Pertahanan dalam jawapan bertulisnya telah menyembunyikan nilai harga jualan membabitkan kedua-dua kem tersebut kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Ini menambahkan lagi keraguan sama ada tanah ini dijalankan dengan telus mengikut kepentingan rakyat. Kementerian Pertahanan dan Perdana Menteri telah menjalankan pelbagai penswastaan bahawa ada kepentingan strategik iaitu kem ini terletak di kawasan bandar.

“Namun, pemindahan kepada kem baru belum juga kita ketahui sama ada pemindahan ini akan menjaga kepentingan strategik pertahanan ini, kita tidak dimaklumkan.

“Adakah kerajaan menjual pengkalan tersebut lebih rendah daripada harga pasaran.

“Malah kerajaan juga tidak pernah secara terbuka menyatakan kem Sungai Besi ini dan tanah itu akan dijual hanya melalui rundingan dalaman.

“Sehubungan itu, saya mendesak Menteri memberikan penjelasan dalam perkara ini,” kata Tian Chua.

Di Dewan Rakyat, Tian Chua membangkitkan mengenai identiti pembeli, jumlah keluasan dan nilai kedua-dua kem tersebut.

Beliau juga meminta Menteri menjelaskan sebab kerajaan tidak menjual kedua-dua kem tersebut secara tender terbuka dan samada penjualan kem tersebut akan menjejaskan keselamatan ibu negara dan apakah pelan perancangan pemindahan ini.

“Yang kita tahu Kem Sungai Besi telah dilengkapi dengan sistem MADGE (Malaysia Air Defence Ground Development) dan radar yang canggih.

“Jika pemindahan berlaku akan menyebabkan kerajaan menangung kos pemindahan yang tinggi dan menjadi beban rakyat Malaysia.”

Menurut Tian, Pangkalan Kem Sungai Besi amat penting bagi mengawal jaringan keselamatan ibu negara Kuala Lumpur seperti amalan biasa di luar negara bahkan negara-negara seperti Amerika Syarikat tetap mempunyai pangkalan ketenteraan di ibu negara.

“Sebagai contoh, Andrews Air Force Base terletak di Maryland yang jaraknya 13 kilometer dari ibu kota Washington D.C serta 16km dari Pentagon. Tujuannya adalah bagi mengawal jaringan keselamatan negara menarik balik projek penswastaan kedua-dua kem ini,” ujar beliau lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: