Dewan Rakyat: Soalan MP PAS 18 Oktober 2010

Dewan Rakyat 18 Oktober 2010 – Sesi Pertanyaan Jawab lisan


Soalan tambahan YB Salahuddin Ayub kepada soalan asal 1. Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)mempunyai Jawatankuasa Penilai bagi setiap teks khutbah Jumaat sebelum diedarkan kepada semua masjid di bawah negeri yang Ketua Agamanya ialah Yang di-Pertuan Agong.


Soalan tambahan YB Dr Che Rosli Che Mat kepada soalan asal 3. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai peralatan serta radar-radar untuk mengesan di peringkat awal serta memberi amaran kepada pihak berkuasa yang berkaitan tentang kebarangkalian berlakunya bencana alam seperti yang berlaku di beberapa buah negara seperti banjir besar di Pakistan, taufan Katrina di Gulfport, Mississippi, Amerika, tsunami di Indonesia dan gempa bumi di Christchurch, New Zealand.


4. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa jumlah rasmi yang sebenar syarikatsyarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sila nyatakan adakah Kerajaan berpuas hati dengan prestasi serta pencapaian syarikat-syarikat tersebut dan adakah syarikat-syarikat tersebut mencapai indeks prestasi yang ditetapkan.


Soalan tambahan YB Dato’ Mahfuz Omar kepada soalan asal No. 5. Datuk Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tahap penyebaran penyakit yang berpunca daripada virus air kencing tikus di negara ini, berapa ramaikah yang telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut serta sejauh mana kesedaran masyarakat mengenainya.


8. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh mana usaha mewujudkan “baby hatch” berjaya menangani pembuangan bayi dan apakah usaha dan tindakan spesifik Kerajaan dalam menangani gejala sosial yang semakin meruncing di dalam Negara kita.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: