Dewan Rakyat: Soalan MP PAS pada 19 Oktober 2010

Dewan Rakyat 19 Oktober 2010 – Sesi Pertanyaan jawab lisan


4. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan perancangan pembangunan di pintu masuk Malaysia-Thailand di Rantau Panjang agar setanding dengan pembangunan di pintu masuk negara yang lain serta perancangan penambahbaikan untuk menarik pelancong dan meningkatkan imej negara dalam RMK-10.
[ Soalan Tambahan : PAS Rantau Panjang, BN Maran]


Soalan tambahan YB Dr Mohd Hatta Ramli kepada soalan asal No. 5. Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan memandangkan kes-kes jenayah yang dilakukan kebelakangan ini bertambah rumit hingga memerlukan kaedahkaedah penyiasatan yang lebih canggih untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan, adakah PDRM mempunyai kepakaran serta anggota yang terlatih yang mencukupi dalam bidang forensik. [ Soalan Tambahan : DAP Bukit Mertajam, PAS Kuala Krai, ]


Soalan tambahan YB Dato’ Mahfuz Omar kepada soalan asal No. 6. Dato’ Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) tindakan Kerajaan terhadap peguam yang gagal menghadirkan diri di mahkamah yang menyebabkan Felda disabitkan kesalahan oleh mahkamah; dan
(b) apakah Felda bercadang untuk menaikkan kadar perahan gred (KPG) setelah mahkamah memutuskan memihak terhadap peneroka Felda Kemahang, Kelantan. [ Soalan Tambahan : PKR Telok Kemang, BN Silam, PAS Pokok Sena]


Soalan tambahan YB Dato’ Kamarudin Jaffar kepada soalan asal No.7. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah pihak Kementerian akan menaik taraf status Lapangan Terbang Labuan kepada berstatus lapangan terbang antarabangsa (International Airport) bila mana kerja-kerja menaik taraf fizikal yang menelan belanja ratusan juta lapangan terbang sedia ada siap kelak. [ Soalan Tambahan : BN Labuan, PAS Tumpat]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: