Dewan Rakyat: Pertanyaan MP Pakatan Rakyat 2 November 2010

Dewan Rakyat 2 November 2010 – Sesi Pertanyaan jawab lisan


Soalan tambahan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa kepada soalan asal No. 1. Dato’ Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sama ada Kementerian ada membuat kaji selidik terhadap latar belakang (background check) kepada semua penyanyi atau penghibur luar negara yang memohon untuk membuat persembahan di Malaysia dan apakah kriteria yang telah ditetapkan dalam membolehkan permohonan permit tersebut diluluskan. [ Soalan tambahan: BN Parit Sulong, PAS Bachok ]


Soalan tambahan kepada soalan asal No. 2. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah Bahagian Penguatkuasa Kementerian KPDNKK memantau kenaikan dan puncanya beberapa barang runcit, bawang putih, cili merah, ikan bilis, telur, ayam, 30%-80% sejak penarikan subsidi 5 barang asas yang dilakukan oleh Kerajaan baru-baru ini. [ Soalan tambahan: PAS Kuala Selangor, BN Arau ]


Soalan tambahan kepada soalan asal No. 4. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tentang kekurangan kakitangan yang melibatkan kawalan di pintu masuk sempadan seperti Polis dan PGA. Apakah usaha dan langkah Kementerian untuk mengawal keselamatan dan penyeludupan di pintu masuk utama serta di sepanjang Sungai Golok agar lebih berkesan. [ Soalan tambahan: PAS Rantau Panjang, BN Tangga Batu ]


Soalan tambahan YB Mohamed Azmin Ali kepada soalan asal No. 5. Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa cukai hiburan sebanyak 20% daripada pendapatan setiap filem ciptaan rakyat Malaysia yang tidak dikategorikan sebagai “Filem Tempatan” telah menjadi batu penghalang kepada perkembangan industri filem negara. Adakah Kerajaan sanggup mengalihkan batu penghalang ini. [ Soalan tambahan: BN Tebrau, PKR Gombak ]


Soalan tambahan kepada soalan asal No. 8. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah kerjasama yang boleh diberikan di atas cadangan menjadikan Balik Pulau sebagai Hub Pendidikan. [ Soalan tambahan: PKR Balik Pulau ]


Soalan tambahan kepada soalan asal No. 12. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan sedar wujudnya pertelingkahan pandangan dan pendapat oleh tokoh-tokoh agama dalam negara terhadap isu-isu agama yang mengelirukan dalam negara adalah berpunca daripada kelemahan institusi agama yang ada yang memerlukan suatu penyelarasan melalui Institut Fatwa Negara (Darul Ifta). [ Soalan tambahan: PAS Baling, BN Tangga Batu ]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: