Kerajaan pentingkan ubah suai kediaman PM dari naikkan Elaun Sara Hidup

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa negara akan mengalami implikasi kewangan yang besar jika menaikkan elaun sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam.

Mahfuz berkata, kerajaan sering memberikan alasan sedemikian apabila melibatkan keperluan rakyat namun berbelanja besar untuk kepentingan pemimpin Barisan Nasional.

“Saya kesal dengan pendirian kerajaan itu. Untuk kakitangan awam,kerajaan selalu berhujah ia akan beri implikasi yang besar kepada negara.

“Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang sama diberikan,mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion. Tapi kerajaan tak kisah pun untuk beri peruntukan RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri,” kata Mahfuz dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Naib Presiden PAS itu turut menegaskan, beliau tetap berpendirian bahawa elaun Cola mesti dinaikkan untuk meringankan beban kakitangan awam.

“Saya tetap pertahankan bahawa kerajaan harus beri bayaran Cola tambahan kepada kakitangan awam.

“Saya cadangkan paling kurang kenaikannya sebanyak RM100. Itu paling kurang kerana beban yang ditanggung kakitangan awam ini dengan kos hidup yang meningkat.

“Tidak memadai dengan kerajaan memberikan bayaran penuh sebanyak RM500 yang diumumkan dalam bajet 2011 kononnya untuk bantu persekolahan.

Petang semalam, Nazri sewaktu penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 di peringkat Jabatan Perdana Menteri memberitahu cadangan kenaikan elaun itu tidak dapat dipertimbangkan kerana memberi kesan kepada kewangan negara.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: