Dewan Rakyat: Pertanyaan MP Pakatan Rakyat pada 9 November 2010

Dewan Rakyat 9 November 2010 – Sesi Pertanyaan jawab lisan


1. Dato’ Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapa ramai anggota tentera baru diambil dalam tempoh dua tahun lalu berbanding sebelumnya dan nyatakan jumlah mereka mengikut pecahan kaum serta nyatakan punca kepada masalah kekurangan kaum tertentu dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). [ Soalan tambahan: BN Setiu, DAP Bukit Gelugor ]


2. Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk meminda kesemua undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati dengan alternatif hukuman penjara seumur hidup selaras dengan keadaan di India di mana hukuman mati adalah dirizabkan hanya untuk kes-kes yang jarang berlaku. [ Soalan tambahan: DAP Bukit Gelugor, BN Putatan ]


5. Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan dalam memastikan agar Perlembagaan Negara benar-benar terjamin keluhurannya serta bebas daripada sebarang cubaan memperlekehkannya kesan percaturan politik yang semakin tempang. [ Soalan tambahan: BN Kinabatangan, PAS Pokok Sena ]


6. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapa jumlah kenderaan berdaftar di negara ini yang berjumlah 10 tahun ke atas dan apakah langkah pengawalan keselamatan yang diambil bagi memastikan kenderaan kenderaan dari kategori tersebut masih selamat. [ Soalan tambahan: PAS Kubang Kerian, BN Kalabakan ]


8. Tuan Kulasegaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) sejauh manakah pelaburan modal asing di Malaysia menggalakkan atau memberi perlindungan kepada pertumbuhan pelaburan global; dan
(b) apakah progress pelaburan daripada pelabur tempatan. [ Soalan tambahan: DAP Ipoh Barat, BN Rembau ]


9. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) bilakah hasil statistik bancian penduduk akan siap; dan
(b) adakah JKKK dan ketua kampung diwajibkan menyenaraikan semua penduduk di bawah seliaan mereka. [ Soalan tambahan: BN Putatan, PKR Indera Mahkota, PKR Balik Pulau ]

Advertisements

Satu Respons

  1. […] Dewan Rakyat 9 November 2010 – Sesi Pertanyaan jawab lisan 1. Dato’ Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapa ramai anggota tentera baru diambil dalam tempoh dua tahun lalu berbanding sebelumnya dan nyatakan jumlah mereka mengikut pecahan kaum serta nyatakan punca kepada masalah kekurangan kaum tertentu dalam Angkatan Tentera Malaysia […] Ahli Parlimen PAS […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: