Dewan Rakyat: Pertanyaan MP Pakatan Rakyat pada 11 November 2010 (1)

Dewan Rakyat 11 November 2010 – Sesi pertanyaan jawab lisan


1. Dato’ Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kementerian berpuas hati dengan berita atau laporan yang dibuat oleh akhbar, majalah yang ada kalanya menyalahi undang-undang negara. Apakah kaedah yang digunakan Kementerian dalam memantau agar setiap akhbar, majalah atau media mengikut peraturan yang ditetapkan Kementerian mengikut undangundang. [ Soalan Tambahan : BN Lenggong, PKR Kuala Langat, DAP Ipoh Timur]


3. Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapakah jumlah pelarian luar negara yang masih berada dalam negara kita, apakah penyelesaiannya untuk jangka masa pendek dan panjang. Apakah bentuk kerjasama yang diberikan oleh negaranegara seperti Kemboja, Vietnam, Filipina, Thailand dan sebagainya.[ Soalan Tambahan : BN Ledang, DAP Ipoh Barat]


4. Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapakah perisytiharan darurat yang masih berkuat-kuasa; dan
(b) apakah syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan untuk memansuhkan Perisytiharan dan Ordinan-ordinan Darurat.[ Soalan Tambahan : PKR Lembah Pantai, DAP Kepong]


5. Dato’ Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan ejen-ejen cepat kaya yang berselindung di sebalik Perniagaan Berbilang Tingkat (MLM) telah menular di kawasan luar bandar/kampung. Situasi ini akan menyebabkan ramai masyarakat luar bandar yang tertipu dengan skim-skim tersebut. Apakah langkahlangkah segera pihak Kementerian dalam menangani isu tersebut dan kaedah segera menerangkan kepada pengguna/masyarakat terhadap bahaya Skim Cepat Kaya serta tindakan tegas yang akan dikenakan kepada mereka yang terlibat.[ Soalan Tambahan : BN Maran, PKR Selayang]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: