Dewan Rakyat: Pertanyaan MP Pakatan Rakyat pada 22 November 2010

Dewan Rakyat 22 November 2010 – Sesi Pertanyaan jawab lisan


1. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang memperkenalkan garis panduan rawatan alternatif atau komplimentari serta memantau dan mewujudkan garis panduan berkaitan pengiklanan serta amalan kaedah rawatan alternatif atau komplementari supaya masyarakat umum dapat dipandu dan memilih kaedah rawatan yang benar-benar terbaik. [ Soalan Tambahan : BN Dungun, PAS Kuala Krai]


2. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk menubuhkan Parlimen Mahasiswa (Student Parliament/Youth Parliament) seperti mana yang dilaksanakan di UK sebagai bukti keterbukaan Kerajaan mengiktiraf suara mahasiswa sebagai suara ketiga dalam menjadi rakan pembangunan negara dan juga menggalakkan mahasiswa terlibat secara progresif dan positif dalam politik negara.[ Soalan Tambahan : PAS Padang Terap, BN Kinabatangan]


3. Dato’ Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) sebagai agensi penyelidikan, sejauh manakah kejayaan MARDI sejak ianya ditubuhkan; dan
(b) berapa jumlah pegawai dan kakitangan yang terdapat di MARDI dan berapakah yang mempunyai kelulusan Sarjana dan Phd dan adakah MARDI mempunyai data dan ‘Botanical Garden’ untuk semua jenis pokok dan buah-buahan yang terdapat di seluruh Malaysia. [ Soalan Tambahan : BN Langkawi, PAS Kubang Kerian]


10. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah keputusan cadangan pihak Kerajaan untuk mengapung dan memperdagangkan mata wang ringgit Malaysia di peringkat antarabangsa dapat membawa faedah kepada negara. [ Soalan Tambahan : PKR Indera Mahkota, BN Rembau, ]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: