Dewan Rakyat: Pertanyaan MP Pakatan Rakyat pada 23 November 2010

Dewan Rakyat 23 November 2010 – Sesi Pertanyaan jawab lisan


1. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status perlaksanaan projek pembesaran rangkaian LRT di Lembah Kelang. Sila jelaskan manfaat dari segi pulangan ekonomi dan kepentingan orang ramai. [ Soalan tambahan: BN Pulai, PKR Lembah Pantai ]


2. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan status penggunaan Bantuan Segera Ahli Parlimen, Skim Bantuan Persekutuan bagi kawasan Parlimen Bakri antara tahun 2008 hingga 2010:-
(a) pihak manakah yang dimandatkan oleh Kementerian untuk mengendalikan peruntukan kebajikan segera ini; dan
(b) berikan senarai nama yang telah menerima bantuan kebajikan segera ini dalam tempoh 2008-2010. [ Soalan tambahan: DAP Bakri, BN Lipis ]]


3. Datuk Ir. Ong Tee Keat [ Pandan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sebabnya setakat kini hasil padi dari sesuatu kawasan, umpamanya Chui Chak dan Sekinchan, masih tidak boleh dipasarkan di luar sempadan negeri yang berkenaan. Tidakkah amalan itu mengehadkan pemasaran hasil padi kaum petani yang berkenaan dan justeru menjejaskan rezeki mereka. [ Soalan tambahan: BN Pandan, PAS Pengkalan Chepa]


4. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kenapa mutakhir ini banyak berlaku kes hubungan seks rambang, kandungan luar nikah dan kes pembuangan bayi. Apakah faktor banyak berlakunya kes-kes ini dan apakah langkah Kerajaan untuk mengatasi perkara ini. Tidakkah Kerajaan ingin mengkaji pendekatan cara Islam untuk mengatasi perkara ini. [ Soalan tambahan: PAS Sik, BN Lenggong ]


7. Tuan Salleh bin Kalbi [ Silam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk mempromosi hasil sastera tanah air melalui dunia siber kerana sehingga kini belum wujud laman web atau portal lengkap dengan maklumat mengenai sastera Malaysia yang boleh dirujuk pengkaji, pengarang dan peminat sastera dari luar negara. [Soalan tambahan: BN Silam, PAS Baling ]


8. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah penambahbaikan yang perlu Kerajaan lakukan dari segi persekitaran politik, pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan dan daya saing ekonomi demi melonjakkan status Malaysia dari tangga ke-37 berbanding Singapura (20), Chile (30) dan Costa Rica (35) dari senarai 100 negara terbaik di dunia yang disiarkan oleh Majalah Newsweek baru-baru ini. [ Soalan tambahan: PKR PJ Selatan, BN Jasin]

Advertisements

Satu Respons

  1. […] Dewan Rakyat 23 November 2010 – Sesi Pertanyaan jawab lisan 1. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status perlaksanaan projek pembesaran rangkaian LRT di Lembah Kelang. Sila jelaskan manfaat dari segi pulangan ekonomi dan kepentingan orang ramai. [ Soalan tambahan: BN Pulai, PKR Lembah Pantai ] 2. Tuan Er […] Ahli Parlimen PAS […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: