Dewan Rakyat: Pertanyaan MP Pakatan Rakyat pada 24 November 2010

Dewan Rakyat 24 November 2010 – Sesi Pertanyaan jawab lisan


1. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah NKRA dan GTP sudah dilaksanakan. Sila jelaskan apa masalah atau rintangan yang dihadapi dalam usaha untuk melaksanakannya. [ Soalan tambahan: BN Kapit, DAP Bukit Mertajam ]


2. Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian berniat untuk meminda undang-undang untuk memberi kuasa yang lebih besar kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) ataupun Jawatankuasa Pengurusan (Management Committee) untuk memungut bayaran ‘maintenance’ yang di hutang. [ Soalan tambahan: DAP Serdang, BN Putatan ]


4. Dato’ Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapakah bilangan Pekebun Kecil Getah dan Kelapa Sawit di seluruh negara dan berapakah nilai hasil yang disumbangkan kepada KDNK berbanding sektor ladang. [ Soalan tambahan: PAS Kota Bharu, ]


5. Tuan Haji Matulidi bin Haji Jusoh [ Dungun ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang memperluaskan program Satu Parlimen Satu Koperasi Pemborong Barang Kawalan di semua kawasan Parlimen bagi memastikan barang kawalan mampu diedarkan di seluruh negara.
[ Soalan tambahan: BN Dungun, PKR Kuala Langat ]


6. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa, berdasarkan 2009 Global Corruption Barometer Survey oleh Transparency International, persepsi rakyat Malaysia terhadap rasuah parti politik cukup teruk sedangkan menurut Laporan Tahunan 2009 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, hanya 15 ahli parti politik menghadapi pendakwaan. [ Soalan tambahan: PKR Kuantan, BN Sri Gading ]


7. Dato’ Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah perundangan-perundangan yang boleh digunakan terhadap penyalahgunaan Bahasa Melayu seperti penggunaan bahasa rojak oleh penyampai-penyampai radio, iklan-iklan di radio atau televisyen atau di papan-papan tanda. [ Soalan tambahan: BN Kuala Krau, PKR Machang ]

Advertisements

Satu Respons

  1. […] Dewan Rakyat 24 November 2010 – Sesi Pertanyaan jawab lisan 1. Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah NKRA dan GTP sudah dilaksanakan. Sila jelaskan apa masalah atau rintangan yang dihadapi dalam usaha untuk melaksanakannya. [ Soalan tambahan: BN Kapit, DAP Bukit Mertajam ] 2. Puan Teo Nie Ching […] Ahli Parlimen PAS […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: