Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) JPJ membeban Pengguna menguntungkan dua Syarikat

D.R. 35/2010 ini adalah suatu Rang Undang-Undang untuk memperkenalkan suatu sistem yang dinamakan “Sistem Penguatkuasaan Automatik – AES” yang melibatkan penggunaan kamera yang mengambil gambar kenderaan melakukan kesalahan yang akan diproses oleh suatu pusat pemprosesan maklumat dan kemudiannya mengeluarkan dan menghantar saman kepada pesalah trafik.

Sistem Penguatkuasaan Automatik ini telah dianugerahkan pengendaliannya kepada dua (2) buah syarikat pengendali yang akan memperoleh komisyen 30% daripada setiap saman yang dikeluarkan. Sistem ini telah mendapat bantahan daripada beberapa ADR yang membahaskannya termasuk YB Sri Gading yang mempersoalkan tindakan Kerajaan memberikan hak kepada dua (2) syarikat terbabit mengutip bayaran.

Bantahan tersebut tidak dihiraukan oleh Timbalan Menteri yang membentangkan usul malah semasa pengundian untuk kelulusan RUU ini seramai 70 orang ADR daripada Kerajaan menyokong walaupun mereka juga tidak bersetuju dengan peruntukkan pindaan tersebut.

Surat Rayuan:
20 Disember 2010/ 14 Muharam 1432
Assalamu’alaikum Wbt./ Salam Sejahtera

Kepada
YANG BERHORMAT
Ahli-Ahli Dewan Negara
Parlimen Malaysia

YB Tan Sri/Dato’ Seri/ Dato’;

RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk makluman Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 (D.R. 35/2010) telah pun dibentangkan serta dibahaskan di Dewan Rakyat pada 15/12/2010. Beberapa Ahli Dewan Rakyat (ADR) antaranya YB Ledang, YB Beruas, YB Wangsa Maju, YB Sri Gading termasuk saya sendiri telah mengambil bahagian membahaskan D.R. 35/2010 ini.

D.R. 35/2010 ini adalah suatu Rang Undang-Undang untuk memperkenalkan suatu sistem yang dinamakan “Sistem Penguatkuasaan Automatik – AES” yang melibatkan penggunaan kamera yang mengambil gambar kenderaan melakukan kesalahan yang akan diproses oleh suatu pusat pemprosesan maklumat dan kemudiannya mengeluarkan dan menghantar saman kepada pesalah trafik.

Sistem Penguatkuasaan Automatik ini telah dianugerahkan pengendaliannya kepada dua (2) buah syarikat pengendali yang akan memperoleh komisyen 30% daripada setiap saman yang dikeluarkan. Sistem ini telah mendapat bantahan daripada beberapa ADR yang membahaskannya termasuk YB Sri Gading yang mempersoalkan tindakan Kerajaan memberikan hak kepada dua (2) syarikat terbabit mengutip bayaran.

Bantahan tersebut tidak dihiraukan oleh Timbalan Menteri yang membentangkan usul malah semasa pengundian untuk kelulusan RUU ini seramai 70 orang ADR daripada Kerajaan menyokong walaupun mereka juga tidak bersetuju dengan peruntukkan pindaan tersebut.

Semasa menjawap persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa ADR mengenai jumlah komisyen yang diberikan kepada dua (2) syarikat tersebut, Timbalan Menteri berkata bahawa Modul Simulasi Kewangan ada bersama beliau tetapi tidak diedarkan kepada semua ADR walaupun diminta oleh ADR YB Padang Besar yang merupakan Pengerusi PAC. Ini amat menimbulkan keraguan bagaimana Kerajaan menetapkan jumlah komisyen dan bayaran yang akan diterima oleh syarikat pengendali. Tindakan ini akan terus menindas rakyat terbanyak jika RUU D.R. 35/2010 ini diluluskan juga di peringkat Dewan Negara.

Selain itu RUU D.R. 35/2010 ini juga tidak menyelesaikan masalah-masalah yang sering berbangkit seperti masalah kemalangan maut yang semakin meningkat, masalah senarai hitam pemilik kenderaan dan juga masalah saman ekor.

Semasa perbahasan telah dibangkitkan oleh YB Bandar Kuching yang menyatakan terdapat kes di Mahkamah Tinggi Kuching yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenaraihitam kenderaan adalah bertentangan dengan Perlembagaan. Kes tersebut adalah kes LEONARD LIM YAW CHIANG vs DIRECTOR OF JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI SARAWAK & ANOR [2009] 6 CLJ 280. Timbalan Menteri dalam jawapannya menyatakan bahawa kes itu tidak terpakai sedangkan dengan jelas telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuching.

Pindaan hukuman di dalam RUU D.R. 35/2010 ini juga tidak menyelesaikan masalah kemalangan yang semakin meningkat kerana pindaan melibatkan hukuman hanya bagi kesalahan-kesalahan teknikal seperti kegagalan memaklumkan pertukaran alamat dan kegagalan memberikan maklumat. Hukuman terhadap kesalahan memandu secara merbahaya hingga mengakibatkan kemalangan maut contohnya tidak disentuh langsung.

Seterusnya berkaitan saman ekor di mana pindaan di dalam RUU D.R. 35/2010 ini baru memasukkan takrifan “imej yang dirakam” bagi membolehkan penggunaan rakaman kamera diterima pakai sebagai keterangan di Mahkamah. Apakah kedudukan imej yang dirakam sebelum pindaan ini melibatkan saman ekor? Ini menimbulkan keraguan tentang kesahan saman ekor sehingga menyebabkan JPJ menyenarai hitam kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan.

Justeru saya dengan rendah diri memohon semua YB Senator membahaskan dengan seikhlasnya dan seterusnya mengambil keputusan supaya Kerajaan menarik balik pindaan RUU D.R. 35/2010 ini supaya semua Ahli Parlimen dapat meneliti dengan lebih baik cadangan Kerajaan. Selanjutnya saya memohon supaya YB Senator menolak kelulusan RUU D.R. 35/2010 ini demi kepentingan keseluruhan pengguna jalanraya yang akan ditindas.

Akhirnya, saya dengan rendah diri mewakili rakyat terbanyak memohon agar permintaan ini dipertimbangkan oleh YB Senator sekalian demi kepentingan rakyat dan negara keseluruhannya.

“BERBAKTI KEPADA NEGARA”

Sekian, terima kasih.

Yang benar;

DATO’ HAJI MAHFUZ BIN OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

Advertisements

Satu Respons

  1. […] D.R. 35/2010 ini adalah suatu Rang Undang-Undang untuk memperkenalkan suatu sistem yang dinamakan “Sistem Penguatkuasaan Automatik – AES” yang melibatkan penggunaan kamera yang mengambil gambar kenderaan melakukan kesalahan yang akan diproses oleh suatu pusat pemprosesan maklumat dan kemudiannya mengeluarkan dan menghantar saman kepada pesalah trafik. Sistem Penguatkuasaan Automatik ini telah dianugerahkan pengendaliannya kepada dua (2) […] Ahli Parlimen PAS […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: