Lesen Senjata api, Pengurusan Sisa Pepejal dan Guru Sandaran

Dewan Rakyat 10 Mac 2011- Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Soalan tambahan YB Nasharuddin Mat Isa kepda soalan asal No. 1. Dato’ Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah Kerajaan memperketatkan pemberian kelulusan lesen pemilikan senjata api kepada individu amat dialukan demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, tetapi dalam masa yang sama proses permohonan lesen ini memakan masa begitu lama untuk mendapat jawapan dan kelulusan. Sehingga kini berapakah jumlah lesen senjata api yang dimiliki setiap individu dan berapa yang telah ditarik balik serta jumlah kes pelanggaran undang-undang yang melibatkan senjata api dalam tempoh lima (5) tahun lepas. [ Soalan Tambahan : BN Maran, PAS Bachok ]

Soalan asal dan tambahan No. 2. Dato’ Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :- (a) rasionalnya penswastaan pengurusan sisa pepejal dan juga penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam; dan (b) tindakan yang akan diambil memandangkan sekarang Kerajaan telah menanggung hutang sebanyak RM349 juta kepada Syarikat-syarikat Konsesi. [ Soalan Tambahan : PKR Telok Kemang, BN Putatan ]

Soalan asal dan soalan tanbahan No. 4. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan pendirian Kerajaan terhadap nasib guru-guru sandaran di negara ini. Nyatakan berapakah jumlah sebenar guru-guru sandaran ini dan apakah jaminan Kerajaan terhadap masa depan mereka. [ Soalan Tambahan : PAS Kubang Kerian, BN Rembau ]

Soalan asal dan tambahan No. 6. Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan doktor di negara ini termasuk graduan bidang perubatan setiap tahun serta kualiti dan matlamatnya. Apakah moratoriumnya dan peranan berkesan Majlis Perubatan Malaysia untuk mengawal kualiti doktor. [ Soalan Tambahan : DAP Kepong, BN Jempol ]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: