Selamatkan Rakyat Libya – Usul YB Mohd Nasir ditolak

USUL MENANGGUH MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN 18(1)

YB Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap) akan mencadangkan.

“Bahawa Dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan satu isu tentang ketegangan Libya dibincangkan”

Tan Sri Yang Dipertua,

Ketegangan yang sedang berlaku , antara golongan anti Gadafi dan tentara Gadafi sekarang semakin runcing dan kini memuncak kepada perang saudara yang amat merbahaya.

Laporan serangan tentera Gadafi yang menggunakan jet pejuang untuk menyerang kawasan yang dikuasai oleh golongan pemberontak telah mengakibat kan ramai yang terbunuh dan cedera terutama dikalangan rakyat awam.

Sebagai sebuah negara yang menganggotai OIC , Malaysia tidak boleh membisu dan tidak bertindak . Malaysia sepatutnya bimbang keadaan di Libya akan mengulangi apa yang berlaku di Iraq. Malaysia sepatutnya merasa amat malang apabila negara-negara Arab di Teluk serta badan antarabangsa di kalangan umat Islam iaitu OIC terus membisu dan tidak mengambil inisiatif untuk meredakan keadaan demi menyelamatkan nyawa rakyat di Libya.

Masalah ini adalah masalah yang besar. Oleh itu saya mencadangkan agar :

Pertama : Kerajaan Malaysia dengan segera menggerakkan penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke Libya.

Kedua: Resolusi 1970 yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB hendaklah dilihat sebagai suatu alat untuk menyekat Gadafi dari terus bertindak ganas terhadap rakyatnya sendiri.

Ketiga : Segala usaha mesti digerakkan bagi meredakan ketegangan bagi mengelakkan berlakunya perang sivil yang bakal menghancurkan seluruh negara tersebut.

Keempat : Misi bantuan kemanusiaan hendaklah segera dihantar ke Libya memandangkan ketegangan tersebut telah mengakibatkan bekalan makanan dan ubatan terputus di beberapa kawasan di Libya seperti di Zawiyah , Ras Lanuf , Brega , Benghazi dan di sempadan Tunisia dan Mesir. Ratusan ribu pelarian kini sangat memerlukan bantuan makanan.

Kelima : Mendesak sidang Parlimen Malaysia yang berjalan sekarang segera mengusulkan supaya semua agensi antarabangsa sepetrti OIC , UN , Liga Arab , Kesatuan Eropah , Kesatuan Afrika mengambil inisiatif supaya krisis di Libya diselesaikan dengan rundingan demi mengelakkan pertumbuhan darah terus berlaku.

Keenam :  Menggesa sidang Parlimen Malaysia mengambil inisiatif untuk menghantar delegasi khas bagi mendapatkan maklumat lebih dekat mengenai ketegangan yang berlaku di Libya dan mengesyorkan tindakan yang boleh diambil oleh Malaysia sendiri.

Kerana itu saya berpandangan bahawa isu ini adalah perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Saya yang mencadang.

MOHD NASIR BIN ZAKARIA

Ahli Parlimen Padang Terap

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: