Dewan Rakyat 14 Mac 2011: Soalan MP Pakatan Rakyat

Dewan Rakyat 14 Mac 2011 – Sesi Pertanyaan Jawab lisan

Soalan tambahan YB Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali kepada soalan asal No. 1. Datuk Ir Haji Idris Bin Haji Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengapakah masih lagi terdapat ramai anak-anak sekolah yang meminta derma dan sumbangan di kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya di negara kita tidak mengira masa. [ Soalan Tambahan : BN Tangga Batu, PAS Titiwangsa ]

2. Dato’ Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah takrifan oleh Jabatan Perdana Menteri, terhadap Wanita Pertama Malaysia sama ada Isteri Perdana Menteri atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong; dan
(b) jika isteri Perdana Menteri ialah Wanita Pertama Malaysia, berapa peruntukan kewangan untuk membiayai kegiatan beliau untuk 2011. [ Soalan Tambahan : PKR Sungai Petani, BN Hulu Selangor ]

Soalan tambahan YB Dr Che Rosli kepada soalan asal No. 7. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan dengan perkembangan penyelidikan dan pembangunan R&D di Malaysia oleh badan-badan Kerajan dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta, apakah usaha yang dilakukan untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan ini untuk manfaat masyarakat. Apakah adanya usaha mendesimasikan hasil penyelidikan untuk meningkatkan mutu serta jumlah pengeluaran produk terutamanya di sektor swasta. [ Soalan Tambahan : BN Hulu Rajang, PAS Hulu Langat ]

Soalan tamabahan kepada Soalan No.8. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah langkah untuk menangani isu kehilangan hasil negara dan imej Negara mengenai laporan GFI berkenaan jumlah RM889 billion wang Negara yang lesap. [ Soalan Tambahan : PKR Indera Mahkota, BN Sekijang, BN Jasin ]

10. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan mengapa filem yang ditayangkan melalui TV Malaysia banyak berunsur tahyul, khurafat serta ganas yang memberi kesan negatif kepada penonton remaja khususnya. Sejauh manakah penguatkuasaan dibuat oleh pihak Kementerian.
[ Tiada Soalan Tambahan ]

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: